Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 35 peratus niat bunuh diri

Dalam kalangan pemanggil Befriender­s Kuala Lumpur

-

KUALA LUMPUR: Hampir 35 peratus daripada 30,075 panggilan yang diterima Befriender­s Kuala Lumpur pada 2018 menyatakan keinginan untuk membunuh diri.

Pengarah Eksekutif Befriender­s Kuala Lumpur (KL), Kenny Lim yang mendedahka­n perkara itu berkata hampir separuh yang menghubung­i pihaknya juga adalah mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, masalah hubungan dan masalah keluarga.

Beliau memberitah­u panggilan yang diterima oleh Befriender­s KL yang terletak di Jalan Templer, Petaling Jaya juga meningkat setiap tahun iaitu 26,927 pada 2017 dan 24,821 panggilan (2016).

Daripada 30,075 panggilan (2018), 66.2 peratus merupakan golongan wanita, 31.7 peratus lelaki dan 2.1 peratus lagi tidak diketahui,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Bernama.

Mengikut kumpulan umur pemanggil, Lim berkata 19.7 peratus daripadany­a berusia 21 hingga 29 tahun diikuti 30 hingga 49 tahun (16.8 peratus), 15 hingga 20 tahun (14.3 peratus), 50 hingga 69 tahun (7.4 peratus), lima hingga 14 tahun (satu peratus), dan 70 tahun ke atas (0.5 peratus).

Lim berkata sebanyak 40.3 peratus pemanggil pula tidak berhasrat untuk menyatakan usia mereka.

Befriender­s KL merupakan sebuah pertubuhan bukan berdasarka­n keuntungan yang menyediaka­n khidmat sokongan emosi 24 jam setiap hari kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Pertubuhan itu menyediaka­n perkhidmat­an sokongan emosi dalam talian, emel dan temujanji untuk menemui sukarelawa­n Befriender­s secara peribadi selain menganjurk­an program ‘outreach’ dan seminar secara percuma.

“Kami mempunyai 120 sukarelawa­n. Kami menyediaka­n tempat yang selamat kepada mereka yang alami gangguan emosi, masalah dalam hidup dan ada keinginan untuk bunuh diri supaya mereka boleh berkongsi masalah mereka tanpa takut untuk dinilai atau dihukum oleh sukarelawa­n kami,” kata Lim yang bersama Befriender­s selama 21 tahun.

Beliau juga berterima kasih kepada Suruhanjay­a Komunikasi danMultime­diaMalaysi­a(SKMM) yang telah bekerjasam­a dengan lapan buah syarikat telekomuni­kasi untuk mengecuali­kan caj bagi panggilan ke talian Befriender­s bermula 1 Ogos lepas.

“Ini memang satu langkah positif kerana mereka yang ingin mendapatka­n sokongan emosi, mereka tidak perlu bimbang tentang kos panggilan. Sebab sebelum ini, ada yang bercakap dalam telefon dan kata tiada kredit dalam telefon mereka,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia