Utusan Borneo (Sabah)

Wan Azizah ucap takziah penuh emosi ketika bertemu keluarga Nora Anne

-

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkunjung ke ibu negeri ini, semalam bagi melahirkan rasa dukacita beliau kepada keluarga Nora Anne Quoirin, remaja berdarah Perancis-Ireland, yang meninggal dunia selepas melalui kejadian tragis selepas hilang dalam hutan dekat sini.

Mayat remaja berumur 15 tahun itu dijumpai pada Selasa susulan satu operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran oleh pihak berkuasa Malaysia selepas beliau dilaporkan hilang dari vila percutian di resort eko-pelanconga­n dekat sini pada 4 Ogos.

Ia suatu pertemuan penuh emosi dengan linangan air mata apabila Dr Wan Azizah memeluk ibu Nora Anne, Meabh Jaseprine Quoirin, ketika ditemukan di resort berkenaan, yang dibuat secara tertutup. demikian menurut anggota dewan undangan negeri Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon yang turut hadir.

Timbalan Perdana Menteri kelihatans­edihsepanj­angpertemu­an itu,” kata Tan yang mengiringi Dr Wan Azizah bersama-sama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof, pegawai yang mengeluark­an hasil pemeriksaa­n post-mortem ke atas badan Nora Anne, Khamis.

Menurut pegawai negeri itu lagi, Meabh dan suami Sebastien Marie Philipe didengar mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan atas usaha yang dijalankan dalam kes itu.

Wan Azizah enggan mengulas mengenai hasil pertemuan itu apabila dihampiri para pemberita kemudian.

Beliau hanya menyebut keluarga berkenaan memohon diberi privasi semasa menghadapi waktu sukar ini.

Hasil post-mortem menunjukka­n bahawa Nora Anne, remaja berkeperlu­an khas, meninggal dunia akibat pendarahan dalaman kemungkina­n akibat kelaparan dan stres.

Keluarga Quoirin itu telah mendaftar masuk ke resort di pinggir hutan hujan tropika itu pada 3 Ogos untuk percutian selama dua minggu.

Mereka memaklumka­n perkara itu selepas mendapati Nora Anne hilang dari biliknya keesokan pagi, dengan tingkap di biliknya terbuka.

Dr Wan Azizah terdahulu diberi taklimat mengenai kes itu oleh Mohamad di balai polis Pantai di sini.

Ketika ditemui pemberita di sini, beliau menyifatka­n kematian Nora Anne sebagai satu yang tragis dan amat menyedihka­n. - Bernama

 ??  ?? TAKZIAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) pada sidang media selepas hadir bagi mendengar taklimat ringkas mengenai kes kematian seorang remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, di Balai Polis Pantai, semalam. Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop (empat, kiri).
TAKZIAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) pada sidang media selepas hadir bagi mendengar taklimat ringkas mengenai kes kematian seorang remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, di Balai Polis Pantai, semalam. Turut hadir, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop (empat, kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia