Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit susut 1.5 peratus Q2 susulan aliran keluar portfolio bukan residen

-

KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut 1.5 peratus berbanding dolar AS dalam suku kedua tahun ini sejajar dengan prestasi mata wang serantau lain susulan keadaan tidak menentu global dan domestik.

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mod Yunus berkata penyusutan nilai ringgit itu disebabkan terutamany­a aliran keluar portfolio bukan residen apabila sentimen pelabur kekal lemah.

“Bagi tempoh dua bulan pertama suku tersebut, pasaran kewangan domestik terjejas oleh sentimen pelabur yang berhati-hati berikutan prospek pertumbuha­n sederhana global dan peningkata­n ketegangan perdaganga­n global.

“Keadaan tidak menentu ini kekal berpanjang­an dan terus melemahkan minat risiko pelabur terhadap pasaran serantau, termasuk Malaysia,” katanya pada sidang akhbar sempena mengumumka­n angka Keluaran Dalam Negara Kasar bagi Suku Kedua, di sini, semalam.

Di dalam negara, Nor Shamsiah berkata potensi semakan semula kedudukan Malaysia dalam FTSE Russell World Government Index juga menjejaska­n sentimen dalam pasaran bon domestik.

Akibatnya, aliran keluar portfolio bukan residen sebanyak RM5.1 bilion telah menyebabka­n ringgit menyusut 1.5 peratus, katanya.

Beliau berkata dari 1 Julai hingga 15 Ogos, ringgit susut sebanyak 1.2 peratus berbanding dolar AS dan berkuranga­n 1.3 peratus setakat tahun ini, dan pada masa hadapan, faktor-faktor global akan terus mempengaru­hi pergerakan mata wang serantau, termasuk unit tempatan.

Meskipun sentimen lemah, pasaran bon dan ekuiti tempatan terus disokong oleh permintaan berterusan daripada pelabur domestik sepanjang suku tersebut.

Prestasi pasaran bon dan ekuiti domestik juga mendapat rangsangan daripada pemulihan sentimen pelabur ke arah penghujung suku berikutan jangkaan kelonggara­n dasar monetari oleh bankbank pusat yang membawa kepada peningkata­n minat risiko pelabur, merangsang aliran masuk portfolio bukan residen, katanya.

Pegangan bukan residen bon Kerajaan Malaysia mencatatka­n aliran masuk bersih sejak Jun dan sehingga Julai tahun ini, ia berjumlah 22.2 peratus daripada keseluruha­n pegangan, kata Nor Shamsiah.

Beliau berkata keadaan mudah tunai negara kekal mencukupi untuk memudahkan pengantara­an kewangan meskipun penurunan tahap lebihan mudah tunai yang disimpan dengan bank pusat, mencermink­an aliran keluar bersih suku tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia