Utusan Borneo (Sabah)

10 jenama kereta tempatan, asing sertai pameran drive:auto 2019

-

SHAH ALAM: Kira-kira 10 jenama kereta tempatan dan antarabang­sa menyertai pameran kereta DRIVE:Auto Fair 2019 di Pusat Konvensyen Setia City dekat sini yang bermula semalam sehingga Ahad.

Antara jenama tersebut adalah Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) selain Honda, Toyota, BMW, Mazda dan Subaru.

Acara yang masuk tahun ketiga, dianjurkan oleh pengendali laman web automotif utama negara, Carlist.my dan mengetenga­hkan pelbagai jenama perkhidmat­an berkaitan automotif yang disokong oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT (Objek Rangkaian Internet) Malaysia (MARii).

Ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia, Hamish Stone dalam ucapan perasmiann­ya berkata acara kali ini menampilka­n model baharu Toyota Yaris, Mazda 3, Subaru Forester, BMW 330i dan Mini Countryman Sport Edition.

Malah, pengunjung pameran itu juga berpeluang memenangi percutian mewah ke luar negara serta pelbagai barangan dan gajet dalam sesi cabutan bertuah.

“Kami menerima sokongan padu orang ramai pada tahun-tahun sebelum ini dan pameran ini membabitka­n kereta yang berkualiti.

“Acara ini juga dikenali sebagai destinasi utama untuk mereka yang berhasrat memandu uji serta membeli kereta di bawah satu bumbung,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengarah Eksekutif iCar Asia Georg Chmiel.

Menurut Hamish, selain sesi pandu uji, para pengunjung juga boleh mendapat tip pemeriksaa­n kereta dan keselamata­n yang dikongsi oleh pihak Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalanraya Malaysia (MIROS).

“Kaunter bergerak Jabatan Pengangkut­an Jalan juga disediakan khusus bagi membolehka­n orang ramai membayar saman atau memperbaha­rui lesen masing-masing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia