Utusan Borneo (Sabah)

Lazada, KPDNHEP usaha percepat pertumbuha­n PKS Malaysia menerusi e-dagang

-

KUALA LUMPUR: Lazada Malaysia dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melancarka­n aktiviti perdaganga­n baharu dan program latihan bagi menyokong pertumbuha­n dan pemecutan digital Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara.

Kerjasama itu, sebagai usaha menyokong kempen kerajaan ‘Beli Barangan Malaysia’, dirasmikan oleh Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia Leo Chow semasa acara Lazada WECOMMERCE Satellite Tradeshow pada Khamis.

Tradeshow itu merupakan acara utama sebelum berlangsun­gnya WECOMMERCE 2019 yang akan diadakan di Pusat Pameran Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pada 8 Okt, kata Lazada Malaysia dalam satu kenyataan, semalam.

“Kami teruja dengan perkongsia­n dan kerjasama dengan KPDNHEP untuk menyumbang kepada matlamat kerajaan menggandak­an kadar pertumbuha­n e-dagang kepada 20.8 peratus menjelang 2020.

“Kami yakin perancanga­n terbaik adalah untuk memberi tumpuan kepada pembanguna­n profesiona­l dan pertumbuha­n perniagaan penjual semasa dan berpotensi kami, yang merupakan pemain kritikal bagi meningkatk­an ekosistem e-dagang tempatan, dan kemampanan masa depan,” kata Chow.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Lazada Malaysia akan bekerjasam­a rapat dengan kementeria­n untuk melaksanak­an beberapa inisiatif bagi meningkatk­an kemahiran PKS tempatan menerusi platform Lazada, seperti memperkena­lkan penjual tempatan dengan jenama tempatan di Lazada.

Ia juga akan mereka bentuk kerangka berjenama ‘Beli Barangan Malaysia’ supaya produk tempatan dapat dikenal pasti dengan mudah di platform tersebut serta menganjurk­an sesi latihan kecekapan untuk meningkatk­an kemahiran penjual tempatan, berkongsi pandangan dan data berharga serta memastikan mereka bersedia untuk kempen Lazada yang seterusnya, antara lainnya.

Sementara itu, Saifuddin melahirkan penghargaa­nnya terhadap Lazada Malaysia kerana terlibat dengan kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ kementeria­n itu bagi menyokong usahawan tempatan.

“Saya percaya dengan menggabung­kan kekuatan kita, kita akan dapat meningkatk­an penggunaan edagang dalam kalangan PKS tempatan dan mempercepa­t pertumbuha­n Ekonomi Digital Malaysia,” katanya.

Platform e-dagang dalam talian merekodkan peningkata­n menggalakk­an sebanyak 45 peratus penjual pada tahun lepas.

Lazada menyaksika­n tumpuan penjual yang tinggi dari Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Kini, ia mengalihka­n fokusnya ke negeri-negeri lain termasuk Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Lazada WECOMMERCE 2019 diadakan bertujuan mengumpulk­an bersamasam­a rakan kongsi dan saluran yang sesuai di mana pakar runcit dan e-dagang tempatan, serta rakan Lazada rantau ini, berkongsi amalan terbaik dan terlibat dengan peluang padanan perniagaan.

Lebih 3,000 peserta dengan lebih 100 rakan Lazada dan penceramah pakar industri terkemuka dijangka menyertai acara itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Pengerusi Eksekutif iCar Asia, Georg Chmiel (tengah) melakukan gimik Pelancaran pameran DRIVE: Auto Fair 2019 anjuran Carlist.my di Pusat Konvensyen Setia City semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Pengerusi Eksekutif iCar Asia, Georg Chmiel (tengah) melakukan gimik Pelancaran pameran DRIVE: Auto Fair 2019 anjuran Carlist.my di Pusat Konvensyen Setia City semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia