Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia catat KDNK lebih kukuh 4.9 peratus pada Q2

Disokong perbelanja­an isi rumah dan pelaburan swasta lebih tinggi

-

KUALA LUMPU: Ekonomi Malaysia berkembang 4.9 peratus pada suku kedua 2019 daripada 4.5 peratus pada suku pertama, disokong oleh perbelanja­an isi rumah dan pelaburan swasta lebih tinggi.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata aktiviti sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuha­n dengan permintaan domestik meningkat 4.6 peratus manakala penggunaan swasta berkembang 7.8 peratus.

“Pertumbuha­n Malaysia terus meningkat di sebalik cabaran global, disokong pemulihan daripada gangguan bekalan komoditi dan prestasi lebih baik dalam sektor pembuatan dan pembinaan,” katanya pada sidang media mengenai prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2019.

Dari segi bekalan, sektor perlombong­an meningkat semula, dipacu terutamany­a oleh pemulihan dalam pengeluara­n gas asli manakala pertumbuha­n lebih baik dalam sektor pembuatan disokong oleh prestasi lebih baik dalam industri berorienta­sikan domestik.

Bagi suku itu, inflasi keseluruha­n secara puratanya adalah lebih tinggi pada 0.6 peratus (-0.3 peratus pada Q1), terutamany­a mencermink­an luputnya kesan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar yang dilaksanak­an pada Jun 2018.

Inflasi teras, yang tidak mengambil kira kesan daripada perubahan dasar cukai penggunaan adalah tidak berubah pada 1.6 peratus.

Untuk masa depan, beliau berkata KDNK Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus pada 2019, disokong oleh aktiviti sektor swasta.

Bagaimanap­un, sektor luaran dijangka terus menerima kesan daripada pertumbuha­n global yang perlahan berikutan ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China yang berlarutan.

Pertikaian perdaganga­n ketika ini dijangka memberi kesan terhadap pertumbuha­n asas eksport kasar negara pada 2019 sebanyak -0.5 hingga 0.8 mata peratusan (ppt).

Lagipun, kesan daripada aktiviti perdaganga­n lebih rendah turut diburukkan oleh peningkata­n ketidakten­tuan perdaganga­n dan sekiranya pertikaian perdaganga­n semakin memuncak, ini berpotensi mengurangk­an pertumbuha­n eksport Malaysia kepada tambahan -0.2 ppt dan pertumbuha­n KDNK dianggarka­n -0.1 ppt pada 2019.

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata dua kemungkina­n untuk KDNK Malaysia meningkat adalah keputusan positif daripada rundingan perdaganga­n antara dua gergasi ekonomi berkenaan, dan inflasi lebih rendah daripada jangkaan meningkatk­an aktiviti penggunaan swasta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? STABIL: Nor Shamsiah menunjukka­n Buku BNM Quarterly Bulletin Vol 34 No 2 ketika sidang media Prestasi Ekonomi Suku Kedua 2019 di Bank Negara semalam.
— Gambar Bernama STABIL: Nor Shamsiah menunjukka­n Buku BNM Quarterly Bulletin Vol 34 No 2 ketika sidang media Prestasi Ekonomi Suku Kedua 2019 di Bank Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia