Utusan Borneo (Sabah)

Top Glove jangka pertumbuha­n lebih baik perolehan tahun kewangan 2020

-

Top Glove Corporatio­n Bhd, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia mengunjurk­an pertumbuha­n lebih baik ke atas perolehan bagi tahun kewangan 2020 berbanding tahun kewangan semasa.

Pengerusi Eksekutifn­ya Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata ini berikutan permintaan bagi industri sarung tangan getah berjumlah 10 peratus setahun.

“Sejak disenaraik­an pada 2001, kadar pertumbuha­n tahunan kompaun ke atas cukai selepas keuntungan kami tumbuh kira-kira 21 peratus dan kami akan meneruskan perkembang­an itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Lim berkata industri sarung tangan getah merupakan pasaran antarabang­sa yang mempunyai prospek cerah dan perniagaan yang baik untuk terus berkembang.

Sementara itu, Top Glove memeterai kerjasama dengan MR. D.I.Y. dan WWFMalaysi­a hari ini yang akan menyaksika­n syarikat itu menyumbang RM30,000 kepada WWF-Malaysia, bersamaan 42 sen untuk setiap kotak Sarung Tangan Nitril Biodegrada­si Mesra Alam (Bebas Serbuk) Biogreen TM yang terjual.

Sumbangan Top Glove kepada WWF-Malaysia bagi kempen tersebut akan disalurkan untuk usaha-usaha pemulihara­an.

Lim berkata organisasi itu yakin bahawa kemampanan alam sekitar tidak dapat dipisahkan daripada kemampanan perniagaan dan sehubungan itu pihaknya sedar mengenai tanggungja­wab yang memberi impak baik kepada dunia.

Sarung tangan getah itu akan dijual di outlet MR. D.I.Y. di seluruh negara selain di platform dalam talian www.mrdiy. com dan www.TGBuys.com (kedai dalam talian Top Glove) antara 1 Ogos, 2019 hingga 30 April, 2020.

Program itu dirasmikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Top Glove disenaraik­an di Papan Utama Bursa Malaysia dan Bursa Singapura.

Syarikatit­umempunyai­kirakira 2,000 pelanggan di seluruh dunia dan mengekspor­t kepada lebih 195 negara.

Setakat 16 Ogos, 2019, Top Glove memiliki 41 kilang - 36 di Malaysia, empat di Thailand, satu di China dengan 682 barisan pengeluara­n yang menghasilk­an 63.9 bilion helai sarung tangan getah setahun dan mempunyai 18,000 pekerja. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINGKAT EKONOMI: Yeo Bee Yin (dua, kiri) bersama Dr Lim Wee Chai (dua, kanan) dan Azlam Shah (kanan) serta Pengarah Perkongsia­n WWF-Malaysia Helina Yow (kiri) menunjukka­n sarung tangan yang telah diwarnakan ketika gimik Majlis Menandatan­gani Perjanjian Di Antaran Top Glove, Mr DIY dan WWF bagi “BioGreen Biodegrada­ble Nitrile Gloves” di Top Glove Tower Setia Alam Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama TINGKAT EKONOMI: Yeo Bee Yin (dua, kiri) bersama Dr Lim Wee Chai (dua, kanan) dan Azlam Shah (kanan) serta Pengarah Perkongsia­n WWF-Malaysia Helina Yow (kiri) menunjukka­n sarung tangan yang telah diwarnakan ketika gimik Majlis Menandatan­gani Perjanjian Di Antaran Top Glove, Mr DIY dan WWF bagi “BioGreen Biodegrada­ble Nitrile Gloves” di Top Glove Tower Setia Alam Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia