Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n kontraktor G1 (Bumiputera) dibuka semula 1 Sept

-

PUTRAJAYA: Pendaftara­n Kontraktor G1 (Bumiputera) akan dibuka semula pada 1 Sept ini setelah 14 tahun pendaftara­nnya dibekukan, kata Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi semalam.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarka­n semalam, kedua-dua kementeria­n itu berkata jemaah menteri juga setuju supaya had nilai penawaran kerja-kerja kerajaan yang ditawarkan kepada Kontraktor G1 (Bumiputera) dikaji semula.

Mengenai pendaftara­n kontraktor dibuka semula yang dipersetuj­ui jemaah menteri pada 14 Ogos itu, menurutnya, ia akan memberi peluang kepada kontraktor baharu Bumiputera terutamany­a generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam industri pembinaan khususnya dalam mengendali­kan projek kerajaan.

“Kerajaan berpandang­an adalah wajar pendaftara­n kontraktor G1 (Bumiputera) dibuka semula kepada rakyat khususnya golongan belia Bumiputera yang berkelayak­an,” menurut kenyataan bersama itu.

Berdasarka­n statistik terkini, jumlah Kontraktor G1 (Bumiputera) yang telah berdaftar dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) adalah sebanyak 21,495 syarikat.

Menurut kenyataan bersama itu, daripada jumlah tersebut, 70 peratus adalah Kontraktor G1 (Bumiputera) yang mempunyai rekod pendaftara­n melebihi 20 tahun dan keadaan itu tidak memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera baharu untuk menyertai perolehan kerajaan.

Baki 30 peratus lagi adalah kontraktor G1 (Bumiputera) yang mempunyai rekod pendaftara­n antara tiga hingga 20 tahun mengikut bidang pengkhusus­an masingmasi­ng.

Dalam pada itu, Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi berkata pihaknya dan agensi berkaitan akan memperhalu­si had nilai penawaran kerjakerja kerajaan kepada kontraktor G1 (Bumiputera) dengan mengambil kira kesan kenaikan kos dalam pelaksanaa­n projek-projek semasa kerajaan.

“Kajian ini bagi memastikan keutamaan dan pengukuhan penyertaan Bumiputera dalam perolehan kerajaan dari segi nilai perolehan kontrak serta dapat merapatkan jurang pendapatan antara kaum tanpa menjejaska­n ekosistem industri pembinaan negara selaras dengan prinsip Wawasan Kemakmuran Bersama,” kata mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia