Utusan Borneo (Sabah)

‘Spiderman Perancis’ panjat menara pencakar langit HK bersama ‘kain rentang kedamaian’

-

HONG KONG: Alain Robert – digelar sebagai ‘Spiderman Perancis’ – telah memanjat sebuah menara pencakar langit Hong Kong semalam dan mengembang­kan sehelai “kain rentang kedamaian” ketika hab kewangan tersebut sedang digegarkan oleh ke-tegangan politik bersejarah.

Lelaki berusia 57 tahun itu, yang mengkhusus dalam pendakian tanpa sekatan ke atas bangunan tinggi, memanjat bangunan setinggi 68 tingkat Pusat Cheung Kong di daerah utama perniagaan di Hong Kong dalam keadaan panas dan lembap pada pagi semalam.

Semasa pendakian beliau meletakkan sehelai kain rentang menunjukka­n ben- dera Hong Kong dan China, termasuk dua tangan yang berjabat.

Sebelum kejadian ini Robert telah mengeluark­an satu kenyataan menyatakan tindakanny­a memanjat adalah untuk mengemukak­an “satu permintaan segera bagi kedamaian dan rundingan antara penduduk Hong Kong dan kerajaan mereka.”

“Mungkin apa yang saya lakukan dapat mengurangk­an ketegangan mereka dan mungkin mengukir senyuman. Bagaimanap­un, itu merupakan harapan saya,” kata Robert dalam kenyataan medianya.

Namun ramai yang tidak berminat.

“Adakah kami benar-benar ingin berjabat tangan dengan penyangak dan diktator,” kata artis buangan China yang menetap di Australia, Badiucao.

“Ini menunjukka­n ramai rakyat asing yang tidak memahami isu yang berlaku antara Hong Kong dan China,” seorang pengguna menulis dalam satu forum terkenal.

Hong Kong telah dilanda oleh bantahan prodemokra­si selama 10 minggu yang besar – dan kadangkala ganas.

Ia telah dicetuskan oleh pihakpemba­ngkangterh­adap satu rancangan untuk membenarka­n pengekstra­disian ke tanah besar, namun kemudian telah berubah menjadi gesaan yang lebih meluas bagi hak-hak demokratik.

Pergerakan tersebut merupakan cabaran paling besar kepada pihak berkuasa Beijing sejak bandar raya itu diserahkan oleh Britain pada 1997 di bawah satu perjanjian yang membenarka­nnya mengekalka­n kebebasan di mana ramai penduduk Hong Kong berasakan ia sekarang semakin berkuranga­n.

Setakat ini Beijing, dan juga pemimpin setia di bandar raya itu, tidak memberikan sebarang konsesi besar kepada pergerakan tersebut.

Robert telah kerap datang ke Hong Kong bagi memanjat bangunan di sebuah bandar raya yang berbangga de-ngan penumpuan bangunan pencakar langit yang paling tinggi di dunia.

Beliau telah memanjat Pusat Cheung Kong sebanyak dua kali sebelum ini.

Pada Ogos lepas, beliau disekat oleh sebuah mahkamah Hong Kong dari melakukan sebarang pendakian lagi selepas beliau didakwa untuk satu tindakan memanjat pada 2011 ke atas bangunan Bank Hang Seng setinggi 27 tingkat.

Pada masa itu beliau berjanji akan pulang ke Hong Kong sebaik sahaja sekatan itu tamat.

Pada Januari lepas, beliau ditangkap selepas memanjat sebuah menara setinggi 47 tingkat di Manila. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SERUAN KEDAMAIAN: Robert dilihat memasang ‘kain rentang kedamaian’ selepas memanjat menara pencakar langit Pusat Cheung Kong di Hong Kong, China semalam.
— Gambar AFP SERUAN KEDAMAIAN: Robert dilihat memasang ‘kain rentang kedamaian’ selepas memanjat menara pencakar langit Pusat Cheung Kong di Hong Kong, China semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia