Utusan Borneo (Sabah)

17 pekerja hilang dalam kejadian tanah runtuh di barat daya China

-

BEIJING: Lebih 12 pekerja masih hilang semalam selepas kejadian tanah runtuh di barat daya China menimbus sebahagian landasan kereta api yang sedang dalam kerjakerja pembaikan, lapor media negara.

Seramai 17 orang yang hilang itu sedang melakukan kerja penyelengg­araan di atas landasan pada Rabu lepas apabila bukit di atas mereka runtuh, lapor China Daily.

Tanah runtuh di daerah Ganluo di wilayah Sichuan berlaku dengan sangat pantas, seorang saksi memberitah­u akhbar.

“Saya mengesan pergerakan ganjil di tepi gunung selepas sebuah trak bergerak melaluinya. Saya menjerit, memberitah­u semua orang agar lari dari situ,” kata Chen Kun, seorang pegawai dari China Railway Chengdu Group.

“Batu dan lumpur jatuh dalam masa dua atau tiga saat... ketika kami sedang berlari, kami dapat merasai seolah-olah batu itu mengejar kami,” Chen memberitah­u China Daily.

Operasi menyelamat sedang dilakukan dengan 11 pekerja dikeluarka­n dari runtuhan batu yang menimbus landasan sepanjang 70 meter, kata akhbar.

Kawasan tersebut telah dilanda beberapa kejadian tanah runtuh pada musim panas ini apabila hujan besar-besaran menyebabka­n kawasan bukit di wilayah pergununga­n runtuh.

Di kawasan lain di China, musim panas yang basah telah meragut beberapa nyawa.

Pada minggu lepas sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di bandar pantai Wenzhou semasa Taufan Lekima membadai beberapa bandar di sepanjang tepi pantai timur di China.

Pada Julai, sekurangku­rangnya 42 orang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus sebuah kampung di wilayah Guizhou, dengan aliran lumpur tebal menimpa 22 rumah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia