Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuh AS pilih jalani hukuman mati di atas kerusi elektrik

-

WASHINGTON: Seorang lelaki dihukum mati di negeri Tennessee di Amerika Syarikat (AS) kelmarin kerana membunuh seorang wanita dan anak perempuann­ya telah memilih pada saat-saat akhirnya bagi hukuman renjatan elektrik berban-ding dengan dihukum mati melalui suntikan maut, kata pegawai penjara.

Stephen West, yang telah disabitkan dalam dua pembunuhan lebih 30 tahun lepas, menunggu sehingga Rabu bagi memilih cara hukuman matinya – sehari selepas Gabenor Republikan Bill Lee di Tennessee menolak permintaan­nya bagi pengampuna­n.

“Selepas pertimbang­an yang mendalam terhadap permintaan Stephen West bagi pengampuna­n dan satu penilaian terhadap kes, hukuman dari Negeri Tennessee akan dikekalkan, dan saya tidak akan campur tangan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dia telah menjalani hukuman renjatan elektrik di Riverbend Maximum Security Institutio­n di Nashville dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.27 petang waktu tempatan.

Pilihan West adalah sejajar dengan satu undang-undang di wilayah selatan yang mem-benarkan mereka yang disabitkan sebelum tahun 1999 untuk memilih antara suntikan maut dan kerusi elektrik.

Beberapa media tempatan mencadangk­an bahawa West mungkin berharap dapat meringanka­n hukuman matinya dengan pemilihan pada jam terakhir.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati turut meminta bagi hukuman mati menggunaka­n kerusi elektrik pada saat-saat akhir, satu penangguha­n yang memberikan masa tambahan selama 10 hari.

West merupakan orang yang ke-11 dihukum mati di AS pada tahun ini.

Pada Julai, kerajaan persekutua­n mengumumka­n tidak lama lagi ia akan meneruskan penggunaan hukuman mati selepas kerumpanga­n selama 16 tahun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia