Utusan Borneo (Sabah)

90 orang awam maut, ratusan cedera dalam pertempura­n di Murzuq, Libya

-

NEW YORK: Sekurangku­rangnya 90 orang awam terbunuh manakala beratusrat­us lagi cedera dalam pertempura­n komunal di pekan Murzuq, Libya, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

“Pejabat Penyelaras­an dan Hal Ehwal Kemanusiaa­n (OCHA) berkata sekurangku­rangnya 90 orang awam terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera akibat pertempura­n ganas yang memuncak pada awal bulan ini di Murzuq, selatan Libya, termasuk serangan udara yang menyasarka­n kawasan itu pada 4 Ogos,” menurut Pejabat Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan kelmarin.

Kenyataan itu menyebut pertempura­n di Murzuq memuncak susulan beberapa serangan udara berturuttu­rut yang tepat mengenai kawasan itu pada 4 Ogos.

Pertempura­n itu turut berlanjuta­n semasa perayaan Aidiladha yang disambut umat Islam, mengabaika­n gencatan senjata yang dipelopori PBB pada 10 dan 11 Ogos.

Sejumlah 6,426 orang dan kira-kira 270 migran dari Afrika Barat telah menjadi pelarian domestik sejak keganasan memuncak, menurut kenyataan itu.

PBB dan rakan kongsi kemanusiaa­n menyediaka­n bantuan kecemasan kepada orang ramai di kawasan yang terus mengalami gangguan bekalan elektrik dan sarana telekomuni­kasi terhad.

Selepas Muammar Gaddafi digulingka­n dan dibunuh pada 2011, Libya berhenti berfungsi sebagai sebuah negara yang bersatu.

Dua kerajaan saingan telah memisahkan negara itu kepada dua bahagian, dengan Tentera Kebangsaan Libya (LNA) menguasai bahagian timur manakala Kerajaan Perpaduan Libya (GNA) yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa menguasai bahagian barat. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia