Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan Disleksia Sarawak mengalukan sumbang bina bangunan Pusat Sumber dan Pembelajar­an

-

KUCHING: Persatuan Disleksia Sarawak mengalukan lebih banyak badan korporat tempatan bersama menyumbang dana untuk membina bangunan Pusat Sumber dan Pembelajar­an baharu mereka.

Ahli persatuan Dick Yong berkata, pusat pembelajar­an disleksia amat penting bagi membolehka­n persatuan mencapai lebih ramai golongan sasaran sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Buat masa ini persatuan berkenaaan masih menyewa secara percuma bangunan kerajaan di Jalan Maxwell namun kawasan terbabit bakal dibangunka­n dan kerajaan telah memperuntu­kkan sebidang tanah lain untuk membina bangunan persatuan.

“Kerajaan telah memperuntu­kkan 1.5 ekar tanah di Desa Wira di sini, yang akan dibina bangunan dua tingkat dengan 18 bilik kelas, asrama, selain dewan serba guna.

“Kita memerlukan dana dalam lingkungan RM3 juta hingga RM4 juta dan berharap lebih ramai yang menyumbang terutama badan korporat tempatan untuk membantu,” katanya kepada Utusan Borneo dan Borneo Post di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sehingga kini persatuan telah menerima sumbangan daripada duta Amerika, duta Jerman dan beberapa badan korporat tempatan untuk tujuan projek berkenaan.

Jelasnya beliau percaya sumbangan berkenaan hasil daripada inisiatif mengenai program kesedaran tentang pentingnya disleksia yang dilakukan persatuan selama ini.

Beliau berkata, sekolah atau pusat pembelajar­an disleksia yang sedia ada kini hanya mempunyai dua bilik sahaja selain sebuah bilik untuk pentadbira­n dan ia tidak mencukupi.

“Persatuan telah diberi mandat oleh Kementeria­n Pendidikan untuk mengendali­kan intervensi selama tiga bulan kepada pelajar yang didiagnos sebagai diskleksia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia