Utusan Borneo (Sabah)

BIKF dijangka sekali lagi mencipta rekod tahun ini

-

KUCHING: Penganjur Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) dijangka sekali lagi mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records pada tahun ini dengan cubaan menerbangk­an Layang-Layang Kereta Api Terowong Gerbang terpanjang.

Menurut Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, percubaan berkenaan akan memperbaik­i rekod sedia ada dalam Malaysia Book of Records iaitu sejumlah 5,650 layang-layang kereta api direkodkan pada 2015.

“Walaupun rekod sedia ada layang-layang terowong gerbang terpanjang dalam Malaysia Book of Records juga kini dipegang penganjur BIKF, tetapi mereka mahu memperbaik­inya dan disebabkan itu tahun ini mereka mahu membina layang-layang terowong gerbang lebih panjang berbanding rekod lama,” katanya pada sidang media diadakan di pejabatnya di sini, kelmarin.

Mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records pada 2015 bagi layang-layang terowong gerbang terpanjang, bukan kali pertama penganjur BIKF mencipta rekod sedemikian.

Pada 2014, penganjur BIKF berjaya dimasukkan dalam buku rekod tersebut buat kali pertama selepas berjaya menerbangk­an 2,500 layanglaya­ng.

Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak turut mendedahka­n bahawa rekod terbaharu dicatatkan penganjur BIKF dalam Malaysia Book of Records adalah pada 2017 menerusi ‘The Longest Wind Garden Street’.

“Penganjur BIKF juga berjaya mencipta rekod dengan menerbangk­an sejumlah 1,655 layang-layang secara serentak di lokasi spesifik pada 2008 selama 20 minit, menerbangk­an 92 set layang-layang kereta api (satu kereta api terdiri daripada 100 layang-layang) secara serentak selama 20 minit dan menerbangk­an 2,550 layanglaya­ng secara serentak di lokasi spesifik selama 20 minit pada 2013,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia