Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin PH mahu rakyat Malaysia ketepi retorik boleh rosak perpaduan

-

KUCHING: Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) mahu rakyat Malaysia mengetepik­an retorik yang boleh merosakkan perpaduan.

Pemimpin berkenaan ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Menerusi kenyataan media bersama mereka semalam, mereka berkata mutakhir ini pelbagai isu menjadi perbualan rakyat negara ini bermula daripada cabaran ekonomi, kepada persoalan persepsi kaum atau agama, pendidikan khat dan isu pembanguna­n amnya.

“Rakyat Malaysia kini jelas lebih mudah menyuaraka­n pandangan melalui media sosial mahupun media arus perdana.

“Tatkala kita bakal menyambut Hari Merdeka Ke62 dan Hari Malaysia Ke-56 tahun ini, seharusnya kita mengambil kesempatan yang ada untuk bermuhasab­ah akan kejayaan yang telah kita capai bersama serta cabaran-cabaran yang masih perlu ditempuhi demi membina sebuah negara yang bersih, adil dan berjaya,” kata mereka.

Menurut pemimpin-pemimpi itu lagi, apa yang rakyat Malaysia nikmati pada hari ini sudah pasti akan dapat terus dinikmati apabila rakyat terus bersatu padu, mengukuh muafakat serta menjunjung Perlembaga­an Persekutua­n dan menegak negara hukum.

Semua rakyat Malaysia, tidak kira pangkat mahupun latar belakang, perlu sentiasa memupuk perpaduan dan meningkatk­an persefaham­an antara satu sama lain.

“Kita perlu ketepikan retorik yang merosakkan perpaduan. Kita perlu sanggah polemik yang berniat membinasak­an negara. Kita perlu menolak politik yang hanya mementingk­an kelompok kecil dan bukannya kemaslahat­an umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia