Utusan Borneo (Sabah)

PSG, bola sepak Perancis sedia kehilangan Neymar

-

PARIS: Drama pemergian Neymar yang dijangka tidak dapat dielakkan dari Paris Saint-Germain (PSG) ternyata sesuatu yang lama dan berlarutan untuk melabuhkan tirai ke atas apa yang pada akhirnya rasa seperti satu uji kaji sementara yang gagal.

Selepas dia tiba di Perancis pada 2017 dengan harapan agar perpindaha­n rekod dunia ke PSG dapat membantuny­a muncul dari bayang-bayang Lionel Messi di Barcelona dan memenangi anugerah Ballon d’Or, dua tahun kemudian dia kelihatan bakal meninggalk­an kelab itu dengan reputasiny­a yang menerima tamparan serius.

Penyerang berusia 27 tahun itu sesungguhk­an seorang pemain yang cemerlang, dan peluang adalah tinggi bahawa dia akan menikmati kejayaan yang dia idamidamka­n – secara kolektif dan, terutamany­a, secara individu – jika dia kembali ke Sepanyol, sama ada bersama kelab lamanya atau Real Madrid.

Bagaimanap­un, terdapat sebab untuk percaya bahawa PSG pimpinan Kylian Mbappe, dan bola sepak di Perancis secara amnya, pada akhirnya akan berada dalam keadaan yang lebih baik tanpanya.

Perlawanan pertama juara Perancis itu dalam Ligue 1 bagi kempen semasa pada Ahad lepas, kemenangan 3-0 ke atas Nimes, menyaksika­n penyokong membentang sepanduk yang menghina pemain bernilai 222 juta euro (RM1.09 bilion) itu.

Neymar sendiri tidak bermain dalam perlawanan itu, diketepika­n ekoran masa depannya yang tidak menentu. Dia sudah tidak bermain dalam perlawanan Trofi JuaraJuara yang membuka musim menentang Rennes di China kerana penggantun­gan.

Sejak dia berhijrah ke Parc des Princes, dia telah bermain dalam hampir separuh daripada perlawanan kelabnya.

Apabila dia berada di atas padang, dia sering kali bermain dengan cemerlang, menjaringk­an 51 gol dalam 58 perlawanan, tetapi apabila ia amat penting sekali, dia tidak bermain.

Kecederaan kaki menyaksika­nnya tidak bermain dalam tiga daripada empat perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara bagi kelab milik Qatar itu sejak dia tiba.

Tanpanya, mereka tewas pada peringkat 16 terakhir kepada Real Madrid pada 2018 dan kemudian kepada Manchester United pada tahun ini.

“Saya suka Neymar, saya mahu terus bermain bersamanya, bersama Kylian dan bersama semua orang,” kata jurulatih Thomas Tuchel pada hujung minggu lepas.

“Namun realitinya ialah kita mesti mencari penyelesai­an tanpa ‘Ney’. Kita tidak dapat kehilangan Neymar dan hanya mencari orang lain yang akan melakukan perkara yang sama,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia