Utusan Borneo (Sabah)

Kekal fokus dan percaya: Peter

Tambadau perlu menang berdepan Pahang di Std. Likas malam ini

- Oleh Vitalis G. Bingkasan Ricco Nigel Milus (seluar nombor 20) semasa latihan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu kelmarin. Pemain tengah itu dijangka akan mengisi tempat pemain import, Ahmed Atayev yang tidak dapat disenaraik­an kerana kecederaan pada pertemu

Gambar ihsan Media SAFA.

Kita perlu menang untuk terus menghidupk­an peluang ke suku akhir. Oleh itu saya mahu pasukan jadikan setiap perlawanan umpama perlawanan penentuan. Main seperti ia adalah perlawanan akhir..beraksi sebagai pejuang ” yang sangat dahagakan kemenangan. DATUK PETER ANTHONY

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa)

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa); Datuk Peter Anthony mahu pemain kekal fokus dan percaya dengan kemampuan sendiri apabila melayani kunjungan Pahang dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini.

“Saya percaya siapa pun yang akan diturunkan mampu menggalas tugas memburu kemenangan.

“Mereka hanya perlu fokus dan bersungguh-sungguh kerana saya melihat pemain kita ada kemampuan dan kelebihan tersendiri.

“Jadikan dua kekalahan sebelum ini sebagai pembakar semangat menentang Pahang sekaligus membuktika­n bahawa pasukan Tambadau Sabah adalah antara pasukan terbaik di Malaysia,” kata Peter ketika dihubungi di sini, semalam.

Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah juga berharap juara Liga Premier 2019 itu menjadikan dua kekalahan sebelum ini sebagai pengajaran bagi memburu kemenangan pertama malam ini.

“Kalau kita lihat, dua kekalahan sebelum ini lebih kepada disebabkan kelalaian sendiri, dari segi kualiti, Sabah tidak jauh berbeza dengan lawan. Kita kalah 30 kepada Perak termasuk dua jaringan yang berlaku pada masa kecederaan di setiap babak.

“Ketika menentang Pulau Pinang, kita (Sabah) lebih banyak menguasai permainan tetapi dinafikan untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata ekoran jaringan sendiri yang memberikan kemenangan kepada lawan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Peter mahu pemain menjadikan pertemuan dengan Pahang malam ini sebagai titik mula kebangkita­n.

“Bukan tugas mudah kerana Pahang sudah menunjukan taraf mereka dengan dua kemenangan yang meletakkan mereka selaku pendahulu tetapi kita sudah tiada pilihan selepas kalah dua perlawanan sebelum ini.

“Kita perlu menang untuk terus menghidupk­an peluang ke suku akhir. Oleh itu saya mahu pasukan jadikan setiap perlawanan umpama perlawanan penentuan. Main seperti ia adalah perlawanan akhir..beraksi sebagai pejuang yang sangat dahagakan kemenangan.

“Saya juga berharap lebih ramai penonton datang memberi sokongan dan menjadi pemain ke-12 kepada pasukan Tambadau kita,” katanya.

Peter berkata, amat penting untuk pemain memberikan persembaha­n terbaik kerana prestasi mereka dalam saingan Piala Malaysia ini juga antara yang diambil kira bagi menentukan kedudukan mereka dalam pasukan musim depan.

Nasib Tambadau Sabah mengejar sasarannya ke separuh akhir bergantung kepadabaki­empatperla­wanan termasuk perlawan malam ini.

Sabah kini di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata manakala Pahang mendahului dengan enam mata. Perak dan Pulau Pinang masing-masing telah mengutip tiga mata di atas Sabah.

Sambil itu, skuad bimbingan Jelius Ating hanya diperkuatk­an tiga import malam ini ekoran kecederaan yang dialami pemain tengah, Ahmet Atayev.

Kedudukan pertahanan import, Park Tae Sue juga samar kerana turut mengalami kecederaan. Jelius dijangka akan memutuskan kedudukan Park selepas latihan terakhir semalam.

Kesebelasa­n kemungkina­n Sabah ialah Rozaimie Rohim, Rawilson Batuil, Park atau Mafry Balang, Evan Wensley, Randy Baruh, Mohd Azizan Nordin, Ricco Nigel Milus, Alto Linus, Jenius Karib atau Maxsius Musa, Aguinaldo Mendes dan Rodoljub Paunovic.

 ??  ?? SEDIA:
SEDIA:
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERAKSI: Park Tae Su (kanan) yang sebelum ini mengalami kecederaan kelihatan tiada masalah dalam latihan semalam dan dijangka akan bermula sebagai kesebelasa­n utama malam ini. Gambar ihsan Media SAFA.
BERAKSI: Park Tae Su (kanan) yang sebelum ini mengalami kecederaan kelihatan tiada masalah dalam latihan semalam dan dijangka akan bermula sebagai kesebelasa­n utama malam ini. Gambar ihsan Media SAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia