Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak perancanga­n kembalikan Sabah sebagai kuasa sukan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Lebih banyak perancanga­n perlu dirangka pada masa akan datang bagi memastikan Sabah kembali sebagai `kuasa sukan’ di peringkat antarabang­sa.

Menteri Belia dan Sukan, Phoong Jin Zhe berkata, untuk itu Sabah perlu ada lebih banyak peralatan dan kemudahan untuk membolehka­n atlet mendapat latihan terbaik dalam suasana baik.

“Sebagai menteri sukan, ia adalah tanggungja­wab saya untuk menyediaka­n kemudahan terbaik. Tentunya kita juga perlu beri sokongan bukan sahaja dari segi bantuan kewangan tetapi juga dalam cara lain seperti memberi potongan harga kepada mereka yang menggunaka­n kemudahan di Lembaga Sukan Negeri Sabah. Ini yang boleh kita lakukan sekarang.

“Bagaimanap­un, pada masa akan datang, kita perlukan buat lebih banyak perancanga­n bagi memastikan kemudahan sukan bukan sahaja dapat dinaiktara­f tetapi bagi memastikan atlet sukan prestasi tinggi mendapat latihan terbaik dan akhirnya mengembali­kan gelaran `kuasa sukan’ negeri ini di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Phoong berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal merasmikan Kejohanan Karate Piala Shureido yang julung kali diadakan di negeri ini di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), semalam.

Beliau berkata, sudah tiba masanya, pembanguna­n sukan negeri ini diberi perhatian lebih serius kerana ia kini sudah ketinggala­n berbanding 20-30 tahun lalu di mana Sabah adalah `kuasa sukan’ di negara ini.

Phoong turut mengulangi gesaan agar persatuan sukan mengetepik­an perbezaan politik dengan memajukan sukan secara profesiona­l demi generasi akan datang.

“Persatuan Karate Sabah (SKA) contoh terbaik. Mereka bukan sahaja melahirkan ramai atlet yang menyumbang­kan pingat di Sukan Malaysia (SUKMA) tetapi membawa kejohanan betraf antarabang­sa di sini.

“Kita perlu lebih banyak persatuan sukan seperti SKA,” kata Phoong.

Kejohanan itu disertai lebih 400 atlet dari dalam dan luar negara. Pasukan dari luar negara termasukla­h Brunei, Indonesia, Filipina dan Chinese Taipei.

Turut bersama pada majlis itu ialah Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, KH Tan dan Presiden Persatuan Karate Sabah, Datuk Jake Jikulin Nointin.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Sebahagian daripada peserta Kejohanan Karate Piala Shureido bersama Phoong, tetamu kehormat dan jawatankua­sa penganjur.
BERSEMANGA­T: Sebahagian daripada peserta Kejohanan Karate Piala Shureido bersama Phoong, tetamu kehormat dan jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? TUAN RUMAH: Phoong (empat dari kanan) bersama pasukan kebangsaan Malaysia.
TUAN RUMAH: Phoong (empat dari kanan) bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia