Utusan Borneo (Sabah)

City mahu balas dendam terhadap Spurs

Lampard harap keputusan terbaik di Stamford Bridge

-

LONDON: Manchester City akan cuba membalas dendam ke atas Tottenham pada malam ini (Sabtu) selepas mereka disingkirk­an dengan dramatik dari Liga Juara-Juara pada musim lepas manakala Liverpool dan Manchester United (MU) juga akan cuba meneruskan permulaan yang bergaya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hujung minggu ini.

City melengkapk­an kejuaraan domestik ‘treble’ yang pertama di England pada musim lepas, tetapi sekali lagi gagal dalam Liga Juara-Juara manakala Tottenham mara daripada perlawanan suku akhir mereka berdasarka­n jaringan di tempat lawan.

VAR membatalka­n jaringan Raheem Sterling jauh dalam masa tambahan bagi kemenangan 4-3 yang mengasyikk­an dalam perlawanan pusingan kedua untuk juara Inggeris itu pada April lalu, seterusnya menafikan hatrik bagi Sterling pada malam itu dan menafikan tempat pada peringkat separuh akhir bagi City.

Namun Sterling telah memulakan kempen baharu seperti dia menamatkan musim lepas, dengan menjaringk­an hatrik pada hujung minggu pembukaan apabila City membelasah West Ham 5-0 untuk menduduki tempat teratas liga.

Tottenham juga menang ketika menentang Aston Villa, tetapi terpaksa bangkit selepas ketinggala­n dan memerlukan dua gol dalam masa lima minit terakhir daripada Harry Kane untuk mencatatka­n kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa.

Kane memberi amaran bahawa Spurs tidak dapat ketinggala­n begitu awal dalam kempen ini jika mereka mahu memelihara cabaran bagi memenangi kejuaraan.

“Kita perlu memastikan kita bermula dengan baik,” kata kapten England itu.

“Ia adalah penting bagi kami untuk sentiasa mencabar selama mungkin.

“Kami percaya sepenuhnya bahawa kami dapat pergi hingga ke hujung tetapi jalan di depan adalah jauh.”

Liverpool pasti berharap untuk berada di depan pada waktu City dan Spurs melakukan sepak mula di stadium Etihad apabila mereka bertandang ke kelab Southampto­n yang terkialkia­l ekoran kekalahan 30 yang mengecewak­an di Burnley untuk memulakan musim ini.

Chelsea merupakan satusatuny­a anggota kelompok ‘enam kelab besar’ yang memulakan kempen dengan kekalahan selepas pasukan The Blues ditundukka­n 4-0 oleh MU dalam perlawanan pertama Frank Lampard selaku pengendali.

Bekas pemain tengah England itu berkata keputusan perlawanan sangat kejam kepada pasukannya selepas mereka bermain dengan lebih baik dalam masa sejam pertama.

Selain itu Lampard juga mendapat galakan selanjutny­a daripada prestasi pasukannya walaupun melepaskan Piala Super UEFA kepada Liverpool menerusi penentuan penalti selepas seri 2-2 di Istanbul pada Rabu lepas.

“Kalah dalam perlawanan itu adalah mengecewak­an tetapi jika ia bermakna musim Chelsea dapat menjadi sesuatu seperti bagaimana kami bermain pada hari ini, kami akan OK,” katanya.

Selepas musim panas di mana Lampard tidak dapat menandatan­gani pemain baharu dan Chelsea kehilangan Eden Hazard kepada Real Madrid, menentang MU yang segar dan Liverpool yang tidak kenal erti lelah merupakan pembaptisa­n api bagi Lampard.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea itu masih dijamin mendapat sambutan wira untuk perlawanan pertamanya di stadium sendiri selaku pengurus menentang Leicester di Stamford Bridge pada malam esok (Ahad).

Namun dia amat memerlukan kemenangan untuk menyenyapk­an mereka yang meragui keputusan Chelsea untuk memberikan jawatan yang begitu berprofil tinggi kepada seorang legenda kelab yang mempunyai pengalaman pengurusan selama setahun sahaja.

Selepas sambutan negatif yang diterima oleh MU kerana mendapatka­n hanya tiga pemain baharu sahaja dalam jendela perpindaha­n, margin kemenangan yang menyeluruh ke atas Chelsea merupakan penawar yang amat baik baik bagi Ole Gunnar Solskjaer.

Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James memberi impak besar apabila MU mencatatka­n keputusan kedua tanpa dibolosi sebarang gol di stadium sendiri dalam EPL di bawah pengurus dari Norway itu, manakala James dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menjaringk­an gol terakhir.

Bagaimanap­un, kunjungan Isnin malam ke Wolves adalah satu lagi ujian getir bagi citacita MU pada

musim ini.

Pemain Solskjaer tewas dalam keduadua kunjungan ke Molineux pada musim lepas.

“Apabila kita memulakan musim seperti ini, kelab, penyokong, semua orang pulang dengan gembira dan ceria. Sekarang ia semakin seimbang,” kata Solskjaer.

“Kami tahu dua perlawanan terakhir tidak memihak kepada kita ketika saya berada di sana. Kami hanya perlu memastikan kami melakukan segalanya yang termampu dan keputusan itu tidak diulangi lagi.” – AFP

 ??  ??
 ??  ?? JELAJAH TENIS: Pusingan kedua Jelajah Tenis Junior Sabah yang berlangsun­g di Tawau bermula semalam disertai 65 pemain. Tawau selaku tuan rumah paling ramai peserta iaitu 30 diikuti Kota Kinabalu (20), Sandakan (8), keningau (5) dan Lahad Datu (2). Kejohanan itu mempertand­ingkan kategori bawah 10 dan 12 tahun lelaki seerta bawah 14 dan 16 tahun lelaki dan perempuan. Kelihatan di gambar, peserta bergambar bersama sebelum pertanding­an bermula.
JELAJAH TENIS: Pusingan kedua Jelajah Tenis Junior Sabah yang berlangsun­g di Tawau bermula semalam disertai 65 pemain. Tawau selaku tuan rumah paling ramai peserta iaitu 30 diikuti Kota Kinabalu (20), Sandakan (8), keningau (5) dan Lahad Datu (2). Kejohanan itu mempertand­ingkan kategori bawah 10 dan 12 tahun lelaki seerta bawah 14 dan 16 tahun lelaki dan perempuan. Kelihatan di gambar, peserta bergambar bersama sebelum pertanding­an bermula.
 ??  ?? RAI KEMENANGAN: Pemain dan jurulatih Kota Kinabalu meraikan kemenangan ke atas Tuaran di Padang A KSKK pada Khamis.
RAI KEMENANGAN: Pemain dan jurulatih Kota Kinabalu meraikan kemenangan ke atas Tuaran di Padang A KSKK pada Khamis.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ?? LAMPARD
LAMPARD
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia