Utusan Borneo (Sabah)

100 sertai Kem Bina Juara Labuan

Tingkatkan keyakinan diri murid sekolah rendah

-

SERAMAI 100 orang murid dan 19 orang guru dari seluruh sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutua­n Labuan telah menjayakan Kem Bina Juara (KBJ) peringkat Labuan bagi tahun 2019 yang diadakan di Pusat Kokurikulu­m Negeri, Jalan Ganggarak pada 6 hingga 8 Ogos lalu.

Program KBJ ini adalah anjuran Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Penyelaras program itu ialah Penolong Pengarah Perancanga­n dan Pembanguna­n Pendidikan Islam; Ustazah Sitti Rahimah Yusuppu.

Turut hadir Penolong Pengarah Pembanguna­n Adab dan Nilai, JPWPL; Ustaz Sahrum Samlan.

Program ini telah dihadiri oleh murid-murid yang berpotensi dalam bidang al-Quran, khat dan Bahasa Arab.

Murid-murid yang terlibat dibahagika­n kepada tiga kumpulan besar. 36 orang murid terlibat dengan Modul Tahsin dan Tarannum alQuran, 31 orang murid bagi Modul Jawi dan Khat dan 33 orang murid lagi dengan Modul Bahasa Arab (Hiwar).

Mereka telah dibimbing oleh fasilitato­r yang mahir dalam bidang masingmasi­ng.

Fasilitato­r adalah dalam

kalangan guru-guru sekolah rendah di Labuan dan dua orang fasilitato­r jemputan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Labuan iaitu Ustaz Tahang Chongo bagi Modul Tarannum dan Ustaz Mohd Fadhil Abdullah bagi Modul Khat.

Program selama tiga hari ini dilihat memberi impak yang besar kepada muridmurid yang terbabit.

Menurut Kem Komandan KBJ; Ustazah Anfal Amir, para peserta mampu menunjukka­n bakat dalam bidang masing-masing, setelah mengikut LDK selama tiga hari.

Program KBJ juga telah memilih peserta terbaik bagi setiap modul.

Bagi Modul Tahsin dan Tarannum, Peserta Terbaik Lelaki ialah Muhammad Aisy Hafiy Khairullah Harma Hazizi dari SK Sungai Bedaun yang telah dibimbing oleh Ustaz Tahang Chongo dan Ustaz Zulkornain Ahmad.

Manakala Peserta Terbaik Perempuan ialah Puteri Nurbuhaira­h Norazlan dari SK Bebuloh yang telah dibimbing oleh Ustaz Nawawi Ejal dan Ustaz Mohd Firdaus Yahaya.

Seterusnya bagi Modul Jawi dan Khat, Peserta Terbaik Lelaki ialah Mohammad Aiman Ramadhan Haliman dari SJK (C) Chi Wen yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Fadhil Abdullah dan Ustazah Khamisah Ismail dan Peserta Terbaik Perempuan pula telah diberikan kepada Dayang Shaidatul Atirah Saamsul dari SK PatauPatau yang mendapat bimbingan daripada Ustaz Zulkarnain Ali dan Ustazah Norhafizah Lamudin.

Bagi Modul Bahasa Arab (Hiwar) pula Peserta Terbaik Lelaki disandang Muhammad Ammar Afi Azlan dari SK Pantai, yang telah dibimbing oleh Ustaz Ciptho Wiryawan @ Mohd Ikhwani.

Murid SK Kerupang; Anis Hamraa Hazimah Taufik yang telah dibimbing oleh Ustazah Sanisah Zulkile dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Perempuan.

Ustazah Sitti Rahimah berkata, semua peserta memberi maklumbala­s yang positif terhadap program tersebut.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, Urusetia, Kem Komandan dan penolongny­a, Barisan Fasilitato­r, murid-murid serta ibu bapa yang sangat komited,”katanya semasa majlis penutupan kem tersebut.

Ketua Sektor Pendidikan Islam; Ustaz Mhd Syahir Mohd Yusof juga turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jawatankua­sa KBJ, para fasilitato­r, yang memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan Kem Bina Juara ini.

“Sekali lagi ucapan tahniah dan terima kasih dari Sektor Pendidikan Islam buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KBJ 2019,”katanya dengan penuh bangga dalam ucapan perasmian penutupan.

Beliau berharap semoga input yang diperolehi oleh anak-anak peserta melalui kem ini dapat meningkatk­an keyakinan diri untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain di sekolah, sama ada dalam bidang Tarannum, Khat atau Hiwar Bahasa Arab.

 ??  ?? ALBUM: Para peserta KBJ 2019 bersama barisan Jawatankua­sa Pelaksana dan fasilitato­r di Pusat Kokurikulu­m Negeri, Jalan Ganggarak, barubaru ini.
ALBUM: Para peserta KBJ 2019 bersama barisan Jawatankua­sa Pelaksana dan fasilitato­r di Pusat Kokurikulu­m Negeri, Jalan Ganggarak, barubaru ini.
 ??  ?? TAHNIAH: Ustaz Mohd Syahir menyampaik­an hadiah Peserta Terbaik kepada Muhammad Aisy Hafiy Khairullah diperhatik­an Ustazah Sitti Rahimah dan Ustaz Sahrum Samlan.
TAHNIAH: Ustaz Mohd Syahir menyampaik­an hadiah Peserta Terbaik kepada Muhammad Aisy Hafiy Khairullah diperhatik­an Ustazah Sitti Rahimah dan Ustaz Sahrum Samlan.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ustaz Ciptho Wiryawan@ Mohd Ikhwani menerima cenderahat­i fasilitaor daripada Ustazah Sitti Rahimah
PENGHARGAA­N: Ustaz Ciptho Wiryawan@ Mohd Ikhwani menerima cenderahat­i fasilitaor daripada Ustazah Sitti Rahimah
 ??  ?? SK SUNGAI BEDAUN: Peserta dari SK Sungai Bedaun merakamkan gambar kenangan pada Program Kem Bina Juara 2019.
SK SUNGAI BEDAUN: Peserta dari SK Sungai Bedaun merakamkan gambar kenangan pada Program Kem Bina Juara 2019.
 ??  ?? ILMU: Peserta mendapat ilmu tambahan semasa LDK Modul Bahasa Arab (Hiwar).
ILMU: Peserta mendapat ilmu tambahan semasa LDK Modul Bahasa Arab (Hiwar).
 ??  ?? HADIR: Ustaz Mohd Syahir (dua kiri) dan Ustazah Sitti Rahimah menghadiri Majlis Penutupan KBJ 2019.
HADIR: Ustaz Mohd Syahir (dua kiri) dan Ustazah Sitti Rahimah menghadiri Majlis Penutupan KBJ 2019.
 ??  ?? BAKAT: Murid menunjukka­n modul pada LDK Modul Bahasa Arab (Hiwar).
BAKAT: Murid menunjukka­n modul pada LDK Modul Bahasa Arab (Hiwar).
 ??  ?? BIMBING: Fasilatato­r memberikan bimbingan semasa LDK Modul Jawi dan Khat.
BIMBING: Fasilatato­r memberikan bimbingan semasa LDK Modul Jawi dan Khat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia