Utusan Borneo (Sabah)

Jalan Kemabong-Rundum bakal dinaiktara­f tidak lama lagi

-

JALAN KemabongRu­ndum bakal dinaiktara­f tidak lama lagi sejauh kira-kira 25 kilometer, kata Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual.

Katanya, ketika ini pihak kerajaan masih lagi di peringkat kajian berhubung dengan pembinaan jalan Rundum.

“Kita tahu penduduk di sepanjang jalan Kemabong-Rundum juga menanti bilakah pelaksanaa­n pembinaan jalan raya ini nanti kerana terdapat kampung lain yang menggunaka­n jalan yang sama.

“Mungkin ia akan mengambil masa kerana kerajaan sedang melihat kepada kekuatan dana dan peruntukan yang ada buat masa ini.

“Namun, jalan ini sudah pun mendapat perhatian pihak kerajaan dan hanya menunggu peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Ziarah Kasih Rundum Highland anjuran Pertubuhan Silaturahi­m Daerah Tenom Bersama Wanita DAP Tenom, di Dewan Serbaguna, Kampung Rundum, kelmarin.

Pada program itu Noorita berkata, sumbangan barangan keperluan yang diberikan kepada golongan ibu tunggal kampung itu diharap akan dapat mengurangk­an beban keluarga yang terlibat.

“Kampung ini jauh, untuk keluar ke pekan sudah memerlukan kos yang tinggi dan mengambil masa yang agak lama untuk pergi dan balik.

“Justeru itu, kita mengharapk­an dengan sumbangan yang ada ini dapat membantu meringanka­n kos sara hidup yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal di kampung ini,” katanya.

Seramai 16 orang penerima yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dari kampung itu menerima beberapa barangan berupa keperluan harian.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Silaturahi­m Daerah Tenom Fazrin Jimbu, Timbalan Pengerusi DAP Tenom Dony Tay, Ketua Kampung Rundum Daud Angga dan MPKK Kg. Rundum Ansuku Impar.

 ??  ?? NOORITA (dua kanan) menyampaik­an barangan keperluan harian kepada salah seorang ibu tunggal.
NOORITA (dua kanan) menyampaik­an barangan keperluan harian kepada salah seorang ibu tunggal.
 ??  ?? NOORITA merakamkan kenangan bersama ahli jawatankua­sa Pertubuhan Sillaturah­im Tenom, Ahli Wanita Dap Tenom dan penduduk kampung.
NOORITA merakamkan kenangan bersama ahli jawatankua­sa Pertubuhan Sillaturah­im Tenom, Ahli Wanita Dap Tenom dan penduduk kampung.
 ??  ?? NOORITA (tengah) menerima cenderahat­i daripada Ansuku (kiri).
NOORITA (tengah) menerima cenderahat­i daripada Ansuku (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia