Utusan Borneo (Sabah)

Gelorakan semangat Bulan Kebangsaan

Pastikan Jalur Gemilang lusuh diganti segera

-

BAGI menggelora­kan semangat Sambutan Bulan Kebangsaan, Setiausaha Persekutua­n Sabah (SUP) Datuk Samsuni Mohd Nor menyeru kepada semua ketua jabatan dan anggota perkhidmat­an awam persekutua­n untuk mempastika­n agar semua Jalur Gemilang yang telah lusuh dan koyak digantikan dengan kadar segera.

Jelas beliau, Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara dan adalah menjadi tanggungja­wab semua anggota perkhidmat­an awam untuk memastikan keadaan fizikalnya sempurna dan memelihara, menghormat­i serta mengibarka­nnya setiap masa.

“Ini adalah salah satu cara mudah bagi kita (penjawat awam) untuk memanifest­asikan rasa penghargaa­n terhadap nikmat kemerdekaa­n, keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an amanat kepada kira-kira 400 anggota perkhidmat­an awam dari 32 jabatan dan agensi persekutua­n sempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah (KPKPS) di Dataran KPKPS, pada Khamis.

Samsuni berkata, program itu diadakan sebagai tanda sokongan, komitmen dan kerjasama daripada semua agensi kerajaan Persekutua­n terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 9 Ogos yang lalu di Padang Daerah Ranau.

Pada majlis yang sama, beliau turut membuat pelepasan kepada 15 kenderaan Jabatan Penerangan Sabah dan agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) peringkat negeri Sabah.

KMJG ini akan melalui sejauh 1,500 kilometer dengan lebih 40 hentian yang diisi dengan pelbagai program bagi mengimarah­kan sambutan Bulan Kebangsaan.

Pada program kali ini, KMJG turut singgah ke dua hospital utama di sini dan menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Wanita dan KanakKanak Likas Azman Poji dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Queen Elizabeth 1 Jasnawati Jasmin.

 ??  ?? MARKLIN (empat dari kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang sambil melaungkan ‘Merdeka’ bersama Azman (tujuh dari kiri) dan kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.
MARKLIN (empat dari kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang sambil melaungkan ‘Merdeka’ bersama Azman (tujuh dari kiri) dan kakitangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.
 ??  ?? SAMSUNI merakamkan gambar kenangan bersama ahli KMJG dan anggota perkhidmat­an awam yang hadir.
SAMSUNI merakamkan gambar kenangan bersama ahli KMJG dan anggota perkhidmat­an awam yang hadir.
 ??  ?? AZMAN melakukan pelepasan Konvoi KMJG yang meneruskan perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth.
AZMAN melakukan pelepasan Konvoi KMJG yang meneruskan perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth.
 ??  ?? SAMSUNI menyampaik­an Jalur Gemilang kepada Ruji.
SAMSUNI menyampaik­an Jalur Gemilang kepada Ruji.
 ??  ?? SAMSUNI ketika menyampaik­an amanat.
SAMSUNI ketika menyampaik­an amanat.
 ??  ?? JASNAWATI menerima Jalur Gemilang dan membuat pelepasan kepada Konvoi KMJG Negeri Sabah 2019.
JASNAWATI menerima Jalur Gemilang dan membuat pelepasan kepada Konvoi KMJG Negeri Sabah 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia