Utusan Borneo (Sabah)

Polis beri amaran keras “Berhentika­nlah menyebar perkara yang boleh memecah belah keharmonia­n kaum dan kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteram­an ” awam ini

Bertindak terhadap pihak gugat keharmonia­n kaum

-

KOTA BHARU: Polis semalam memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonia­n kaum di negara ini bersabit isu pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil DATUK MAZLAN MANSOR Timbalan Ketua Polis Negara tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

“Berhentika­nlah menyebar perkara yang boleh memecah belah keharmonia­n kaum dan kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteram­an awam ini.

“Polis akan memantau keadaan ini. Kita sudah memberi amaran berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat keadaan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Mohd Zamri kini menerima rawatan selepas diserang menggunaka­n parang oleh seorang lelaki pesakit mental menyebabka­n luka di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari kanan di rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut tengah hari kelmarin.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail dan Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Mohammad Piah.

Mengulas isu Dr Zakir itu, Mazlan berkata siasatan sedang dijalankan oleh polis dan beliau tidak berhasrat untuk mengulas lanjut perkara itu.

Polis kini telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluark­an kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed kertas siasatan terhadap Zakir dibuka susulan laporan polis daripada pelbagai pihak.-Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor (kanan) bersama Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail (kiri) melawat Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Semalam.
TIMBALAN Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor (kanan) bersama Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail (kiri) melawat Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia