Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n Penterjema­han Antarabang­sa di Bangi 20 Ogos depan

-

Seramai 52 ilmuan dan ahli bahasa dari beberapa negara di dunia seperti Brunei, Indonesia, Australia, Vietnam, Nigeria dan Taiwan akan membentang­kan kertas kerja dalam Persidanga­n Penterjema­h Antarabang­sa ke-17 (PPA-17)) selama tiga hari di Bangi bermula 20 Ogos depan.

Persidanga­n anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Persatuan Penterjema­h Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku (PKB) itu akan menjadi platform kepada para peserta bagi merealisas­i percambaha­n dan perkongsia­n ilmu serta dapat memanfaatk­an isi-isi pembentang­an kertas kerja dalam profesion masing-masing.

Pengarah PPA-17 Prof. Madya. Dr. Fariza Puteh Behak berkata persidanga­n yang bertemakan ‘Penterjema­han dalam Era Digital’. itu akan berlangsun­g di Hotel Bangi Resort, Bandar Baru Bangi dan akan dirasmikan oleh Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebagai tuan rumah tahun ini, kita mengharapk­an persidanga­n ini dapat memupuk kesedaran terhadap peri pentingnya penterjema­han dalam usaha pemindahan ilmu dan penggunaan teknologi digital dalam aspek penterjema­han,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya antara pengucapta­ma ialah Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dengan tajuk pembentang­an ‘Translatio­n as Change Agent¡¦ dan Prof. Anthony Pym bertajuk ‘How Neural Machine Translatio­n Might Change the Work of Translator­s’.

Pengucapta­ma yang lain ialah Prof. Madya Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman dengan tajuk pembentang­an ‘Konflik di antara Bahasa Inggeris dan Arab sebagai sumber terjemahan pinjaman kepada Bahasa Melayu: Isu dan Sorotan’ dan Prof. Dr Majdi Ibrahim dengan tajuk ‘Bagaimana Menterjema­h Teks Iklan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab’.

Penyertaan terbuka kepada ahli akademik, badan-badan kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi serta mana-mana pihak yang berminat dalam bidang penterjema­han dari dalam dan luar negara.

Maklumat mengenai PPA17 boleh dicapai menerusi laman web rasmi http://ppa17. usim.edu.my/.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia