Utusan Borneo (Sabah)

Kelewatan PKR Perak serah nama ahli majlis tidak jejas gerak kerja PBT

-

Kelewatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahka­n senarai nama bagi lantikan ahli majlis di setiap daerah di Perak tidak menjejaska­n gerak kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri Paul Yong Choo Kiong berkata proses lantikan dan angkat sumpah ahli majlis boleh dilakukan sedikit lewat berbanding yang lain sebaik ia dimuktamad­kan pihak parti.

Menurutnya, selaku exco bertanggun­gjawab, pihaknya hanya menerima senarai nama bagi kuota empat parti kerajaan iaitu DAP, Bersatu, Amanah dan PKR sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk mendapat sokongan.

“Kemungkina­n dalam hal ini PKR mungkin menghadapi masalah untuk memilih ahli majlis sendiri, walaupun lewat ia sama sekali tidak menjejaska­n yang lain kerana sudah ada ketetapan kuota untuk mereka.

“Kita akan menyokong sebaik terima senarai daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah 18 ahli majlis PBT yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, semalam.

Ahli majlis itu terdiri daripada 10 orang dari DAP serta empat orang masingmasi­ng dari Amanah dan Bersatu.

Sementara itu, Yong berkata MBI turut memasang kira-kira 1,050 bendera dan 2,330 bendera jenis gegantung Jalur Gemilang di sekitar bandaraya Ipoh sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 tahun ini.

Terdahulu, Yong dalam ucapannya berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sering menjadi tumpuan masyarakat awam dalam menuntut perkhidmat­an yang baik di kawasan penempatan masing-masing.

Katanya selain media massa, media sosial turut dijadikan sebagai medium penyampaia­n berkaitan pelbagai isu setempat sekali gus memberikan lebih banyak cabaran kepada PBT dalam melayani tuntutan masyarakat awam.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia