Utusan Borneo (Sabah)

Tiada sebarang aktiviti perlombong­an bauksit mega di Kota Tinggi: Exco

-

Kerajaan Johor mengesahka­n tiada sebarang aktiviti perlombong­an bauksit yang beroperasi secara mega di Kota Tinggi seperti yang dilaporkan akhbar, barubaru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Kesejahter­aan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata berdasarka­n semakan yang dirujuk kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), kerajaan negeri juga mengesahka­n bahawa tiada sebarang kelulusan diberikan kepada firma swasta untuk menjalanka­n kegiatan tersebut.

“Malah, hasil semakan tersebut juga tidak menemukan sebarang maklumat mahupun sebarang laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebagaiman­a yang didakwa diperoleh oleh firma tersebut,” katanya menerusi kenyataan Semalam.

Tan berkata Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) turut mengesahka­n bahawa tiada permohonan dikemukaka­n oleh sebarang firma swasta bagi menjalanka­n aktiviti perlombong­an bauksit di kawasan pentadbira­n Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

Beliau berkata Kerajaan Johor memandang serius laporan akhbar berkenaan terutamany­a apabila melibatkan faktor alam sekitar secara menyeluruh dan berjangka masa panjang.

Katanya, sehubungan itu, Kerajaan Johor akan mengikuti rapat perkembang­an dan pemantauan berkaitan laporan berkenaan menerusi jabatan dan agensi yang berkaitan.

Tan mengeluark­an kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse, semalam, yang menyebut Kerajaan Johor tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana syarikat berhubung pelaburan projek mega perlombong­an bauksit di negeri itu.

Terdahulu, sebuah portal baru-baru ini melaporkan The One Minerals Mining Sdn Bhd (TOMM) dan firma pelaburan Hong Kong, Via East West Capital (VEWC) melabur AS$350 juta (RM1.47 bilion) untuk melombong 2,833 hektar bauksit di Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusan TOMM, Looi Kam Yong, dilaporkan berkata perlombong­an mineral di atas tanah milik FELDA di Kota Tinggi yang dijangka bermula dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang itu akan dibahagika­n kepada lima bahagian, yang mana bahagian pertama merangkumi pelaburan bernilai AS$50 juta (RM210 juta) membabitka­n kawasan keluasan 404.7 hektar.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia