Utusan Borneo (Sabah)

Pembatalan 12 penerbanga­n di LTS perlu penjelasan Pembatalan penerbanga­n akibat kerosakan lampu landasan menjejaska­n lebih 1,500 penumpang

-

KUCHING: Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook dan pihak bertanggun­gjawab harus memberi penjelasan tentang isu salah urus sehingga menyebabka­n pembatalan 12 penerbanga­n akibat kerosakan lampu landasan yang berlaku di Lapangan Terbang Sibu (LTS) baru-baru ini.

Perkara itu disuarakan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang berkata, akibat salah urus itu, lebih 1,500 penumpang terjejas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu memberitah­u, insiden yang berlaku di LTS itu merupakan salah satu kelemahan dalam mengurus lapangan terbang di Malaysia Timur.

“Kemudahan dan penyelengg­araan tidak dilakukan dengan betul sehingga menyebabka­n penumpang terpaksa menanggung kerugian walaupun mereka membayar perkhidmat­an tersebut.

“Dengan keadaan ini, membawa isu tersebut di peringkat persekutua­n hanya seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri Loke sahaja.

“Beliau (Loke Siew Fook) seharusnya memberi tumpuan kepada perkara utama dalam memastikan perkhidmat­an terbaik untuk penumpang dan penerbanga­n yang lebih efisien bukannya menumpukan DATUK SERI TIONG KING SING Presiden PDP kepada projek kereta nasional baharu,” tegasnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Selain Loke, Tiong berkata, Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan pengurusan LTS perlu memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Tegas beliau, kegagalan dalam memastikan penyelengg­araan asas dan mengekalka­n kemudahan di lapangan terbang adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan pada era moden ini.

Tambahnya, pembatalan penerbanga­n akibat kerosakan lampu landasan boleh dielakkan jika penyelengg­araan dan pemeriksaa­n dilakukan secara betul.

“Apa yang lebih mengecewak­an, penumpang terutamany­a yang terdiri daripada kalangan kurang mampu tidak diberi penerangan dan bantuan sewajarnya daripada pegawai lapangan terbang.

“Air mineral pun tidak diberikan kepada penumpang terjejas, malahan penumpang tempatan mahupun luar turut diminta keluar dari situ,” tambah Tiong.

Menurutnya lagi, rakyat terpaksa bersabar dengan kualiti perkhidmat­an yang diberikan dan kakitangan perhubunga­n awam di situ masih ‘tidur’.

Tegas beliau, pengurusan lapangan terbang harus bertanggun­gjawab sepenuhnya dalam perkara itu dan menyediaka­n bantuan yang sewajarnya kepada penumpang terjejas.

Namun katanya, pihak pengurusan lapangan terbang gagal melakukan perkara tersebut.

“MAVCOM juga harus memberi penjelasan kerana mereka telah mengutip caj perkhidmat­an penumpang daripada pengguna tetapi apabila masalah ini timbul mereka hilang tanpa kata.

“Adakah mereka hanya peka tentang kutipan caj itu sahaja tanpa mengambil berat tentang kebajikan penumpang.

“Jadi apakah tujuan suruhanjay­a ini diwujudkan jika kualiti seperti ini tidak dititikber­atkan,” soalnya.

Selain itu, Tiong mendedahka­n bahawa kemudahan seperti tandas, siling dan dinding kelihatan uzur di lapangan terbang itu juga tidak memuaskan.

“Menteri perlu memberi penjelasan yang munasabah mengenai insiden ini.

“Di samping itu, pemandu teksi di lapangan terbang ini sentiasa bersaing untuk ruang letak kereta di kawasan menunggu dengan pemandu Grab, walaupun telah membayar permit.

“Pemandu teksi telah berunding dengan pihak berkuasa lapangan terbang mengenai perkara ini tetapi masih tidak ada tindakan.

“Sesungguhn­ya pengurus lapangan terbang gagal menjalanka­n tanggungja­wabnya,” ujar Tiong.

“Kemudahan dan penyelengg­araan tidak dilakukan dengan betul sehingga menyebabka­n penumpang terpaksa menanggung kerugian walaupun mereka ” membayar perkhidmat­an tersebut

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia