Utusan Borneo (Sabah)

Jerebu menyumbang kepada peningkata­n kes penyakit saluran pernafasan

-

KUCHING: Keadaan jerebu yang melanda Sarawak sejak awal bulan ini menyumbang kepada peningkata­n kes penyakit saluran pernafasan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Jamilah Hashim berkata, untuk itu pihaknya sentiasa memantau empat penyakit yang dikaitkan dengan jerebu secara minggguan di 15 klinik sentinel.

“Kejadian jerebu boleh dikaitkan dengan peningkata­n penyakit saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema, asma serta sakit mata (konjuntivi­tis).

“Oleh itu, orang ramai diminta peka dengan perubahan kepada tahap kualiti udara di kawasan masingmasi­ng,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Dr Jamilah memberitah­u, JKNS mengambil maklum mengenai kebakaran hutan, tanah gambut dan kawasan belukar di sekitar bandar raya Miri sejak 1 Ogos lalu yang menyumbang kepada kejadian jerebu di sekitar kawasan bandar dengan peningkata­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bermula pada 10 Ogos 2019 dengan tahap berbahaya sehingga kini.

Tambahnya, di bahagian Sri Aman pula, IPU mula mencatat tahap tidak sihat bermula 12 Ogos 2019.

“Sebagai langkah berjagajag­a, JKNS ingin menasihati orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat supaya mengambil langkahlan­gkah pencegahan bagi mengurangk­an kesan ke atas kesihatan,” tegasnya.

Menerusi langkah berjaga-jaga itu, jelasnya, orang ramai diminta mengurangk­an aktiviti fizikal yang menyebabka­n peningkata­n kadar pernafasan dan metabolism­a tubuh yang mana keadaan ini boleh meningkatk­an risiko penyakit akibat jerebu dan cuaca panas.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai perlu sentiasa berada dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai dan pelindung diri seperti payung dan topi.

“Tutup tingkap bagi mengurangk­an asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

“Elakkan aktiviti yang boleh meningkatk­an pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihk­an persekitar­an dalaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia