Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu berkomunik­asi, berinterak­si dengan guru

-

BINTULU: Ibu bapa digalakkan sentiasa berkomunik­asi dan berinterak­si dengan guru di sekolah sebagai persediaan memperkena­lkan kaedah Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD) yang akan memansuhka­n amalan peperiksaa­n pertengaha­n tahun dan akhir tahun bagi murid-murid tahap satu pada tahun ini.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tatau, Samri Suhaili berkata PBD diguna pakai khususnya untuk murid-murid tahap satu yang mana dinilai oleh guru mengenai pembelajar­an mereka.

“Ibu bapa digalakkan datang ke sekolah tanpa menunggu penganjura­n hari pemuafakat­an supaya mereka mengetahui kaedah yang diperkenal­kan itu,” katanya pada Program Ibadah Korban di PPD Tatau, Selasa lalu.

Beliau berkata, PBD merupakan alat pentaksira­n prestasi kemenjadia­n muridmurid bermula tahun ini dan menggalakk­an ibu bapa datang ke sekolah berbincang dan mengetahui prestasi pembelajar­an anakanak mereka.

PBD juga bagi mewujudkan pembelajar­an lebih menyeronok­kan dan bermakna kepada murid-murid bukan semata-mata mendapatka­n markah atau gred A sahaja.

Pembinaan karektor dan sahsiah murid seawal mungkin adalah penting di samping mengenal pasti kelemahan, kekuatan serta potensi mereka supaya tindakan susulan sesuai dapat diambil bagi meningkat dan memperbaik­i pembelajar­an mereka.

Selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2015 agar murid menguasai dwibahasa, maka Dual Language Programme (DLP) turut diperkenal­kan.

Program itu memberi peluang kepada murid menguasai bidang sains, matematik, teknologi maklumat dan reka bentuk dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, program ibadah korban anjuran Badan Kebajikan Islam PPD Tatau dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamats­n Kampung (JKKK)Kampung Baru dan JKKK Kampung Dagang Tatau serta Jawatankua­sa Masjid Darul Ibadah Daerah Tatau itu turut dihadiri Guru Besar SK Kelawit Janudin Abdul Rahman, Ketua Kaum (KK) Kampung Baru Ahmad Mokhtar, Pengerusi Masjid Darul Ibadah Anuar Sepawi, Penolong KK Kampung Dagang Tatau Awang Bujang Pengiran Runa, Penghulu Lim Tchia Hong, Kapitan Chin Khim Hee, pengetua, guru-guru besar daerah Tatau serta penduduk setempat.

Samri turut mengucapka­n terima kasih kepada JKKK Kampung Baru dan Kampung Dagang Tatau termasuk Masjid Darul Ibadah kerana bekerjasam­a dengan PPD Tatau menjayakan program tersebut.

Beliau menggesa masyarakat bersama membantu memartabat­kn pendidikan daerah itu sekali gus memohon kerjasama ibu bapa memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah menimba ilmu serta membantu meningkat kemenjadia­n anakanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia