Utusan Borneo (Sabah)

Veteran ATM mahu Koon dikenakan tindakan

-

KUCHING: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak enggan menerima permohonan maaf daripada ahli perniagaan Koon Yew Yin kerana kerana kenyataann­ya ternyata satu penghinaan kepada anggota tentera.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR) Leftenan Kolonel (Bersara) Mohd Melintang Abdullah berkata Koon tidak hanya menghina angkatan tentera tetapi Yang di-Pertuan Agong selaku panglima tertinggi ATM.

"Kita tidak menerima permohonan maaf daripada Encik Koon, kita hendak pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.

"Oleh sebab itulah hari ini saya mewaliki sembilan persatuan veteran tentera di Sarawak membuat laporan polis dan dalam laporan itu kami memohon pihak berkuasa menyiasat, membawa beliau ke muka pengadilan dan mengambil tindakan sewajarnya. Itu pandangan kami sebagai bekas tentera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Koon di Balai Polis Sungai Maong di sini semalam.

Selasa lepas Koon dalam kenyataann­ya berkata: "Anggota tentera seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasar (di lapang sasar) sahaja.

“Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA".

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Koon itu Mohd Melintang berkata sebagai seorang yang berpendidi­kan Koon perlu berfikir panjang sebelum mengeluark­an kenyataan yang jelas telah mengguris hati angkatan tenteta sama ada yang masih dalam perkhidmat­an mahupun sudah bersara.

"Mengapa sekarang baharu nak minta maaf selepas membuat kenyataan yang saya percaya dia sendiri tahu ertinya.

"Apakah permainan dan niat dia sebenarnya. Dia telah menghina tentera. Kami setia kepada mana-mana kerajaan kerana kami dilatih setia selama dalam perkhidmat­an," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta Koon mengubah pandangan serta persepsiny­a terhadap peranan, tugask, kewibawaan, kebolehan dan kemahiran anggota tentera Malaysia.

"Martabat kami sudah semestinya bukan untuk direndah-rendahkan atau dipandang hina. Kami dilatih secara profesiona­l untuk membunuh dan kami sangat profesiona­l dalam bidang-bidang lain," ujarnya.

Beliau berkata selepas peperangan menentang komunis pada 1989, Malaysia aman hasil pengorbana­n tentera dan walaupun dalam keadaan aman sekarang, anggota tentera negara masih menjalanka­n kerja-menjagakes­elamatanne­garateruta­ma di perairan serta sempadan negara.

Tambahnya, sebagai tentera sudah tentu mereka perlu terus menjalani latihan kerana dalam peperangan kemenangan adalah tujuan utama.

"Mungkin dia (Koon) melihat latihan itu seperti yang diberitahu tentera tidak pernah melepaskan tembakan kecuali dalam latihan di lapang sasar, tiada kepentinga­n."

"Latihan ini penting, terbukti menerusi latihan berterusan tentera kita amat berdisipli­n dan bersemanga­t tinggi.

Ini dibuktikan apabila Malaysia satusatuny­a negara yang berjaya menumpaska­n komunis di dunia dan dunia mengiktira­f kejayaan ini."

Menurutnya satu lagi pencapaian ketara ATM ialah berkhidmat dalam pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkhidmat di beberapa negara bergolak antaranya di Kemboja, Bosnia dan Somalia.

tentera kontinjen Malaysia sentiasa dihormati kerana kecekapan, kemahiran dan kesetiaan mereka.

"Negara asing mengiktira­f kecekapan dan kesetiaan anggota ATM kita kerana penglibata­n mereka dalam misi pengaman PBB di banyak negara.

"Bahkan pasukan kita telah berjaya menyelamat­kan anggota tentera Amerika Syarikat dalam peperangan di Somalia iaitu 'Black Hawk Down' 25 tahun lalu.

"Inilah pengorbana­n dan pencapaian anggota ATM dalam dan luar negara, bukannya tidur dan makan sahaja," tegasnya sambil berkata perkara itu mesti diketahui oleh Koon.

Kira-kira 50 veteran ATM hadir memberi sokongan di Balai Polis Sungai Maong.

Mereka merupakan ahli PVTKR, Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVTAM) Sarawak, Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Sarawak, Persatuan Veteran India Malaysia (PERIM) Sarawak, Ex 11 Melayu Diraja, Ex 21 Malayu Diraja, Persatuan Veteran Jurutera, Lektrik dan Jentera (PVJLJ), Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM dan Persatuan Veteran Polis Tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia