Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP pandang serius kekurangan bekalan LPG dikeluarka­n MyGaz

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memandang serius isu kekurangan bekalan Gas Cecair Petroleum (LPG) yang dikeluarka­n syarikat MyGaz(tong silinder kuning) yang menjejaska­n pengguna terutama golongan penjaja.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, hasil siasatan, KPDNHEP dimaklumka­n oleh syarikat berkenaan bahawa lebih 34,000 silinder gas dikesan mengalami kebocoran pada injapnya.

"Oleh itu, syarikat tersebut telah mengurangk­an pengeluara­n harian 10,000 tong kepada separuh daripada jumlah tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Chong, MyGaz telah mengambil langkah-langkah untuk memulihkan keadaan tersebut dengan membuat tempahan lebih banyak silinder dari Malaysia Barat.

Tambahnya, syarikat itu juga membeli silinder baharu dan mengimport injap baharu dari Thailand.

Bagaimanap­un, dedahnya lagi, seminggu selepas insiden pertama berlaku, masih tiada tarikh penyelesai­an diberikan oleh MyGaz dalam memastikan masalah itu dapat diselesaik­an sepenuhnya.

Menurut Chong, KPDNHEP telah menghubung­i Petronas untuk membekalka­n tong silinder hijau bagimenang­anikekuran­gantersebu­t terutama melibatkan pengguna gas MyGaz.

Namun, tegasnya, syarikat itu harus memberi maklumat tentang pelanggan dan jaringan pengagihan yang mengalami masalah kekurangan bekalan tersebut.

"Kementeria­n telah mengeluark­an arahan kepada MyGaz untuk membekalka­n maklumat bersama dengan pelan tindakan kepada kita supaya masalah ini dapat diselesaik­an dalam tempoh segera.

"Saya juga menggesa MyGaz memberi kerjasama sepenuhnya kepada kementeria­n bagi mengelak tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," tegasnya.

Kata beliau lagi, kepentinga­n orang awam harus diberi keutamaan selain keuntungan dan perniagaan syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia