Utusan Borneo (Sabah)

Tanah terbiar milik persendiri­an mesti mempunyai pemisah api

-

MIRI: Semua tanah terbiar di negeri ini yang mempunyai pemilik persendiri­an mesti mempunyai pemisah api dan ditanam dengan tanaman bagi mengelak berlaku jerebu akibat kebakaran hutan atau aktiviti pembakaran terbuka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata perancanga­n jangka panjang Kerajaan Sarawak adalah membendung dan meminimumk­an kejadian kebakaran hutan bermula dari tanah terbiar ditinggalk­an tanpa pengawasan.

“Kerajaan Sarawak serius menangani masalah jerebu berlaku setiap tahun dan mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Unggah Embas mahu pemilik tanah mematuhi arahan membina pemisah api di tanah mereka dan membersih semak-samun bagi mengelak api merebak,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Miri Komander Salehuddin Zakaria, Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Yusof, Pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Miri Joseph Oyu dan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri Law Poh Kiong.

Lee berkata, perancanga­n jangka panjang itu dipersetuj­ui pada mesyuarat anggota jawatankua­sa bencana bersama Uggah dan agensiagen­si berkaitan bagi menghentik­an jerebu tahun ini akibat pembakaran terbuka dan kebakaran hutan dari tanah terbiar.

“Tanah persendiri­an dibiarkan dengan semak-samun dan tidak dibangunka­n dengan mudah mengakibat­kan kebakaran dan lebih teruk dapat merebak dengan mudah kerana tidak mempunyai pemisah api untuk menghentik­an penyebaran api,” katanya.

Beliau berkata, pemilik tanah juga digesa menanam tanaman seperti nanas atau jagung di tanah terbiar bagi mengelak sebarang kejadian kebakaran tanpa pengawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia