Utusan Borneo (Sabah)

Operasi pemadaman kebakaran oleh pesawat Bombardier berjaya

Pesawat lakukan 18 kali ‘Water Bombing’ di kawasan kebakaran tanah gambut di Kuala Baram

-

MIRI: Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kuala Baram oleh pesawat Bombardier milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) kelmarin berjaya memadamkan kawasan kebakaran seluas 3.1 kilometer persegi.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata pesawat yang memulakan operasi jam 1.15 petang itu berjaya melakukan sebanyak 18 kali ‘Water Bombing’ di kawasan itu.

“Operasi hari ini (kelmarin) nampaknya berjaya di mana pesawat Bombardier ini berjaya memadamkan kawasan seluas 3.1 kilometer persegi dengan 18 kali ‘Water Bombing’ dilakukan.

“Untuk makluman, satu kali ‘Water Bombing’,

DATUK LEE KIM SHIN Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan pesawat ini boleh membawa sebanyak 6,000 liter air bermakna hari ini (kelmarin) sebanyak 108,000 liter air Sungai Kuala Baram digunakan untuk memadam api,” katanya dalam satu kenyataan media di Pangkalan Operasi Unit Udara (POU) Bomba Miri di sini kelmarin.

Lee berkata, tindakan itu diharap dapat menurunkan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri ke tahap lebih sihat.

Menurutnya, operasi oleh Bombardier APMM diteruskan hari ini dengan melakukan dua sortie.

“Sortie pertama akan berlepas sekitar jam 10 pagi dan melakukan pemadaman sehingga jam 1 petang manakala sortie kedua bermula jam 2 hingga 5 petang.

“Dengan adanya kerjasama dan sokongan pihak berkenaan, kita yakin masalah ini dapat diatasi dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya.

Dalam pada itu, sektor pertama kawasan hangus kini hanya tinggal tompokan asap kecil diserahkan kepada pemilik tanah untuk mengurusda­nmengawals­elia sekiranya masih terdapat api di kawasan tersebut.

Tumpuan pihak terlibat hari ini adalah memadamkan sektor 2 dan sektor 3 kebakaran dan kaedah ‘Water Bombing’ digunakan bagi menangani kebakaran di dua sektor terbabit.

Pesawat Bombardier dari Pangkalan Udara Subang tiba di POU Bomba Miri semalam sekitar jam 11.50 pagi.

Seramai sembilan anggota kru APMM terlibat dalam operasi pemadaman ini diketuai Komander Maritim Muhammad Saad.

“Pesawat yang memulakan operasi jam 1.15 petang itu berjaya melakukan sebanyak 18 kali ‘Water Bombing’ di ” kawasan itu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Lee (enam kanan) bersama yang lain merakam kenangan di hadapan pesawat Bombardier.
UNTUK ALBUM: Lee (enam kanan) bersama yang lain merakam kenangan di hadapan pesawat Bombardier.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia