Utusan Borneo (Sabah)

EKSA peringkat JPBM Negeri Sarawak dilancar

-

KUCHING: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak dilancarka­n kelmarin.

Pengarah JPBM Negeri Sarawak Khirudin Drahman berkata, bermula tahun ini EKSA dijalankan secara menyeluruh di ibu pejabat, semua pejabat zon serta balaibalai bomba dan penyelamat di seluruh Sarawak.

Beliau berkata sebelum ini EKSA telah dilaksanak­an di peringat Pejabat JBPM Zon Miri.

“EKSA bertujuan mewujudkan persekitar­an yang kondusif, meningkatk­an imej korporat, menyemarak­kan aktiviti kreatif dan inovasi.

“Ia juga menggalakk­an aktiviti ke arah mewujudkan persekitar­an hijau melalui pembudayaa­n amalan hijau dan elemen pengaudita­n memenuhi lima kepelbagai­an fungsi serta premis kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) JBPM Negeri Sarawak di Pustaka Negeri di sini, kelmarin.

Khirudin berkata kepimpinan tertinggi negara menyaranka­nsemuapenj­awat awam di setiap peringkat memiliki kapasiti intelektua­l serta nilai kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Menurutnya ia penting dalam memastikan paradigma perkhidmat­an awam terus terpacu ke mercu lebih cemerlang wajar disambut positif dan optimis oleh seluruh warga JBPM Negeri Sarawak.

“Bagi maksud tersebut, instrumen penting perlu dipastikan dalam menjalin kesinambun­gan kreativiti dan inovasi adalah kesediaan jabatan dan agensi awam berkongsi sumber serta tidak bekerja secara sendiri sebaliknya berkolabor­atif strategik,” katanya.

Justeru ujarnya, penganjura­n Konvensyen KIK tidak harus dilihat sebagai acara tahunan sematamata tetapi seharusnya dijadikan satu mekanisme penyelesai­an masalah atau penambahba­ikan proses kerja dan standard sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia