Utusan Borneo (Sabah)

Pusat dialisis buah pinggang baharu mula dibina

-

Pusat dialisis buah pinggang milik Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri baharu bernilai RM5.433 juta dijangka siap pada Ogos tahun depan dengan kerja pembersiha­n tapak dan pengisian tanah sudah dilaksanak­an.

Timbalan Pengerusi PBSM Cabang Miri merangkap Pengerusi Pusat Dialisis Buah Pinggang (KDC) PBSM Cabang Miri Datuk Lee Kim Shin berkata dengan tapak sudah sedia memulakan pembinaan, bangunan utama itu menempatka­n dewan dialisis buah pinggang, pejabat pentadbira­n, ruang menunggu, kaunter pendaftara­n dan stor untuk peralatan rawatan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Senadin itu berkata PBSM Cabang Miri turut menerima peruntukan RM3 juta daripada kerajaan negeri bagi membolehka­n mereka membina bangunan utama itu.

“Bermula hari ini (semalam), 16 Ogos dan dalam tempoh setahun, kita berharap menyaksika­n bangunan ini siap sepenuhnya dan sudah boleh beroperasi,” katanya sambil menambah kos RM5.433 juta itu hanya melibatkan pembinaan bangunan sahaja dan tidak termasuk semua fasiliti perubatan dan mesin dialisis.

Justeru, PBSM amat mengharapk­an sumbangan orang ramai, syarikatsy­arikat swasta dan korporat bagi menampung dana membeli mesin-mesin berkenaan.

“Kita berharap dapat bermula dengan 12 mesin dialisis terlebih dahulu bagi menampung keperluan pesakit-pesakit dari kawasan Permyjaya, Tudan, Senadin dan Kuala Baram kerana kita mempunyai ratusan pesakit dari kawasan itu.

“Apabila lebih banyak dana masuk maka kita menambah jumlah mesin tersebut dari semasa ke semasa bergantung kepada sumbangan diterima,” ujar Lee.

Beliau memberitah­u, sebanyak 12 mesin dialisis mampu menampung keperluan 64 pesakit untuk tiga sesi berbeza dengan sebuah mesin boleh memberi rawatan untuk tiga orang.

“Dengan adanya pusat baharu itu, pesakit tidak perlu turun ke bandar Miri mendapatka­n rawatan di pusat dialisis buah pinggang sediaadate­rletakdiKo­mpleks PBSM manakala pusat itu dimanfaatk­an untuk pesakit tinggal di pusat bandar dan kawasan di sebelah sana,” katanya selepas melawat tapak pusat dialisis baharu itu di sini semalam.

Manakala KDC sedia ada di Kompleks PBSM Miri ketika ini sudah menampung seramai 326 pesakit dengan hanya ada slot 74 lagi dijangka dipenuhi dalam masa dua tahun atau kurang.

Justeru, pusat baharu itu perlu disiapkan sebelum pusat sedia ada menjadi penuh kerana jika tidak, pesakit yang tidak mempunyai tempat menjalani rawatan dialisis di KDC terpaksa melakukann­ya di pusat perubatan swasta dengan kos agak tinggi.

“Majoriti pesakit tidak mampu menampung kos rawatan di pusat perubatan swasta yang agak tinggi, sedangkan di KDC PBSM bayaran dikenakan hanya RM150 sahaja untuk sekali rawatan dialisis.

“Itupuntida­kramaimamp­u membayarny­a dengan lebih 90 peratus daripada pesakit terpaksa diberi subsidi kerana tidak berkemampu­an.

“Saya berterima kasih kepada orang awam yang banyak menyumbang kepada KDC Miri dan merayu sumbangan orang awam dan syarikat-syarikat korporat termasuk Shell dan Petronas menyumbang dana RM1 juta masing-masing bagi membantu menampung kos dan membeli mesin-mesin serta keperluan rawatan,” jelasnya.

Katanya KDC Miri juga sudah mengemukak­an permohonan kepada kerajaan pusat menerusi kementeria­n berkaitan bagi mendapatka­n peruntukan dan akan memohon.

Bagi orang awam, sumbangan diberikan dikecualik­an daripada cukai dengan mengisytih­arkan jumlahnya dalam penyata cukai mereka.

Lee berkata pihaknya akan turun ke Singapura untuk mengkaji sistem terkini yang digunakan seperti mesin, sistem air, termasuk pengurusan untuk diguna pakai di Miri jika bersesuaia­n.

Sementara itu, KDC PBSM Miri bermula 1995 dan sepanjang sejarahnya selama 24 tahun itu sudah melakukan yang terbaik membantu golongan kurang bernasib baik menjalani rawatan dialisis malah mendapat pengiktira­fan Kementeria­n Kesihatan serta turut dikaji serta dijadikan model oleh pihak-pihak berkaitan dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan sebagainya.

 ??  ?? TAKLIMAT: Lee (tengah) melihat peta lakaran bagi projek pembinaan KDC yang baharu itu.
TAKLIMAT: Lee (tengah) melihat peta lakaran bagi projek pembinaan KDC yang baharu itu.
 ??  ?? GRAFIK: Lakaran grafik bangunan baharu KDC PBSM Miri di Tudan.
GRAFIK: Lakaran grafik bangunan baharu KDC PBSM Miri di Tudan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia