Utusan Borneo (Sabah)

Lynas: Ketegasan kerajaan legakan rakyat, henti polemik

-

KUANTAN: Ketegasan kerajaan dalam mewajibkan beberapa syarat dalam melanjutka­n lesen operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, seharusnya memberi kelegaan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata ketetapan itu sudah pasti dibuat selepas kerajaan menilai semua aspek dalam operasi Lynas dan setelah mendengar pandangan pakar isu nadir bumi dan bahan radioaktif.

Sehubungan itu, beliau berpandang­an adalah wajar pihak terlibat dalam isu ini memberi masa kepada Lynas untuk memenuhi syarat yang diberikan dan menghentik­an segala polemik mengenai operasi kilang itu.

“Antara syarat yang ditetapkan ialah Tapak Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa Water Leached Purificati­on (WLP) yang perlu diberi perhatian penuh oleh Lynas manakala kerajaan negeri Pahang harus dilibatkan dalam urusan ini.

“Pastikan semua peraturan dan kajian sewajarnya termasuk kajian alam sekitar dilakukan dengan sebaiknya dengan pemantauan ketat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Andansura berkata syarat supaya pembinaan PDF mengikut standard antarabang­sa dengan pemantauan oleh AELB juga seharusnya memberi kelegaan kerana menunjukka­n pelaksanaa­nnya adalah dibuat secara teliti.

“Oleh itu, saya berharap buat masa ini, pihak yang terlibat untuk menghentik­an suara tidak berpuas hati. Semua pihak sudah perlu bergerak ke depan.

“Tindakan ini boleh memberi kesan yang besar kerana ia melibatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di sini, menyebabka­n kita semua perlu mencari jalan penyelesai­an dan bergerak ke depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia