Utusan Borneo (Sabah)

Boleh kritik, jangan hina

Mereka yang hina anggota keselamata­n jahil, cetek kefahaman

-

KUALA LUMPUR: Pihak yang mengeluark­an kenyataan negatif dan menghina anggota keselamata­n adalah mereka yang jahil dan dan cetek kefahaman berkaitan peranan Kementeria­n Pertahanan dan Angkatan Tentrera Malaysia (ATM) dalam mempertaha­n kedaulatan negara, keutuhan wilayah dan kesejahter­aan rakyat.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semalam menegaskan­bahawaAngk­atan Tentera Malaysia (ATM) sedia menerima kritikan namun janganlah sampai kepada tahap penghinaan.

“Suka saya tegaskan bahawa kemerdekaa­n, kedaulatan dan keamanan negara yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbana­n anggota tentera yang sanggup menggadai nyawa mereka.

“Marilah sama-sama kita berdiri teguh di belakang mereka. Kita boleh mengkritik, tapi jangan pula sampai menghina,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2019 di Kementeria­n Pertahanan di sini, semalam.

Mohamad menarik perhatian bahawa ATM adalah barisan hadapan kerajaan bagi menangani pelbagai isu keselamata­n di peringkat domestik dan antarabang­sa.

“Apabila negara aman, rakyat dapat melakukan aktiviti harian dengan selamat tanpa perlu risau ditembak atau dibom seperti sesetengah negara lain,” kata menteri pertahanan itu.

Kata Mohamad, pelabur luar dan pelancong juga akan datang ke Malaysia apabila mengetahui negara ini dalam keadaan aman selain aktiviti pembanguna­n negara juga dapat berlangsun­g tanpa halangan.

Tentera juga, katanya, menjadi tulang belakang kepada operasi menyelamat apabila negara ini mahupun negara jiran menghadapi krisis atau bencana selain berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk misi keamanan sejagat di serata dunia.

Mohamad berkata hakikatnya, tentera sentiasa mempunyai tugasan walaupun negara kita berada dalam keadaan aman.

“Inilah sumbangan Kementeria­n Pertahanan dan ATM yang ramai tidak sedari,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad berkata tanpa mengira apa juga kaum, tindakan menghina angkatan tentera merupakan perbuatan jijik yang sama sekali tidak boleh diterima.

Menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media itu, beliau berkata terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut susulan laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan yang dilihat memperleke­h dan menghina anggota tentera itu.

“Bila ada laporan polis, kita serah kepala polislah apa tindakan yang akan diambil oleh polis. Tidak ada (timbul) perkataan maaf,” kata Mohamad sambil menambah isu itu tidak harus dilihat dari sudut perkauman kerana apa yang lebih penting ialah aspek keselamata­n negara.

Mengenai Kertas Putih pertahanan, beliau berkata ia kini sedang diperhalus­i sebelum pembentang­an pada sesi Parlimen akan datang.

Mengenai usaha mencari dua anggota tentera darat yang dilaporkan hilang di Pulau Perak, Kedah, Mohamad berkata pencarian di darat terus dibuat namun ia akan dipergiat jika ada petunjuk baharu.

“Namun setakat ini tandatanda baharu itu belum lagi muncul,” kata beliau. - Bernama

 ??  ?? KIBAR: Mohamad Sabu (dua, kanan) memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Kementeria­n Pertahanan ketika Perhimpuna­n Kementeria­n Pertahanan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Dataran Wisma Pertahanan, Kementeria­n Pertahanan, kelmarin.
KIBAR: Mohamad Sabu (dua, kanan) memasang Jalur Gemilang pada kenderaan Kementeria­n Pertahanan ketika Perhimpuna­n Kementeria­n Pertahanan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Dataran Wisma Pertahanan, Kementeria­n Pertahanan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia