Utusan Borneo (Sabah)

‘Tanya sama pokok’ kurniaan istimewa Agong, Permaisuri

-

MARAN: Lagu kanak-kanak ‘Tanya Sama Pokok’ menjadi kurniaan paling istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kepada gadis sindrom down Syafirah Hanum Chik di Taman Sri Keramat di sini, semalam.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan menyanyika­n lagu itu selepas ibu Syafirah Hanum, Salmah Ali menyembah maklum anaknya amat meminati lagu tersebut.

Salmah, 59, yang merupakan bekas pembantu tadika mengakui beliau kelu sebaik sahaja Tunku Azizah secara spontan melagukan rangkap pertama lagu itu sebelum mengajak Sultan Abdullah untuk turut sama menyanyika­n lagu popular kanak-kanak tersebut.

“Baginda berdua tersenyum apabila melihat Syafirah Hanum memberi reaksi apabila mendengar lagu itu... saya sendiri berasa sayu dengan apa yang berlaku di depan mata. Ini rezeki anak yang menjemput kedatangan individu paling penting negara.

“Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkali-kali berpesan supaya saya bersabar menjaga anak. Seri Paduka beritahu Syafirah Hanum ialah anak syurga dan akan menarik ibu bapanya ke syurga kelak,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Syafirah Hanum, 23, merupakan seorang daripada tiga pesakit kronik di Taman Sri Keramat yang bertuah menerima kunjungan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang berkenan mencemar duli ke daerah Maran di sini, semalam.

Salmah berkata Tunku Azizah juga menyatakan hasrat berkenan mengurniak­an buku mewarna kepada anak bongsu daripada lima beradik itu, selepas dimaklumka­n Syafirah Hanum gemar melakukan akiviti itu, bagi menghabisk­an masa setiap hari.

Katanya, Syafirah Hanum yang kini hanya terlantar di katil akibat sakit sejak 29 Mei 2013 akan meniarap untuk mewarna menyebabka­n mereka sekeluarga sering membelikan buku aktiviti itu bagi menggembir­akan hati anaknya.

Sementara itu, pesara Mohd Yusof Mohd Idris, 78, mengakui agak sukar untuk percaya apabila ahli jawatankua­sa taman perumahan itu memaklumka­n Seri Paduka berkenan mencemar duli ke rumahnya untuk menziarah isteri Som@Salmah Omar, 71, yang lumpuh akibat angin ahmar.

Katanya, perkara itu dimaklumka­n semalam, dan sejak itu beliau sibuk membuat persiapan bagi memastikan rumahnya ‘sesuai untuk menerima kedatangan pembesar’, kerana ia merupakan kali pertama mereka menerima kunjungan pemimpin.

“Saya sendiri pun tidak begitu sihat...tapi hilang segala sakit dan penat bila mendengar yang hendak berkunjung ini Agong dan Permaisuri. Tak pernah mimpi pun dapat terima kunjungan baginda berdua.

“Saya terharu apabila Tunku Azizah yang memegang tangan isteri, merasa katil khas yang digunakan isteri seperti tidak berfungsi sepenuhnya, menyebabka­n Sultan Abdullah menitahkan supaya pihak kesihatan yang ada di situ untuk terus membuat pemeriksaa­n,” katanya. - Bernama

 ??  ?? CUCU KE-82: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h memeluk erat cucu baginda Puteri Norliyana Damia Zainuddin, 7, ketika berkenan mencemar duli berangkat bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatudd­in AlMustafa Billah Shah ke Program Ziarah Kasih di Taman Sri Keramat semalam. Puteri Norliyana merupakan anak ke-82 anak tabung uji Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).
CUCU KE-82: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h memeluk erat cucu baginda Puteri Norliyana Damia Zainuddin, 7, ketika berkenan mencemar duli berangkat bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatudd­in AlMustafa Billah Shah ke Program Ziarah Kasih di Taman Sri Keramat semalam. Puteri Norliyana merupakan anak ke-82 anak tabung uji Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia