Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n tarian dari luar negara SIDF dapat sambutan hebat

-

Beberapa kumpulan tarian dari luar negara telah membuat persembaha­n di Pusat Warisan Sibu, petang kelmarin.

Persembaha­n di tempat terbuka itu sempena dengan Festival Tarian Antarabang­sa Sibu (SIDF) yang bermula 13 Ogos lepas dan akan berakhir hari ini (17 Ogos).

Kumpulan tarian ini terdiri daripada Peng Yu Contempora­ry Dance dari China, La Salle Dance Company (Filipina), Foon Yew Dance Society (Johor), Tabatha (Jepun), Music and Performing Arts (Thailand).

Tiga kumpulan dari Indonesia iaitu Kuwang Salee Spirit, Voice of Nature dan Kinnari Dance Community. Liao Mo-Hsi Dance Theater (Taiwan) dan Alok Kumar Panda and Troupe (India) turut membuat persembaha­n.

Persembaha­n bermula jam 5 hingga 7 petang telah mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Pengarah SIDF Chen Ing Kuan berkata, negara yang mengambil bahagian dalam acara kali ini ialah China, Amerika Syarikat, Sweden, Ethiopia, Colombia, Congo, India, Indonesia, Jepun, Mexico, Filipina, Taiwan, Thailand dan Malaysia.

“Sepanjang penganjura­n festival tersebut pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk persembaha­n konsert tarian selama tiga malam, bengkel tarian, seminar tarian dan persembaha­n tarian luaran (outdoor performanc­e).

“Pada tahun ini kita mengadakan persembaha­n tarian luaran di Pasar Sentral Sibu dan teater di tingkat satu, Pusat Warisan Sibu,” jelasnya.

SIDF adalah anjuran Hornland Dance Theatre sejak 2012 dan disokong Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Katanya, mempromosi serta memperkena­lkan sesuatu kebudayaan dan warisan sesebuah negara adalah objektif utama SIDF.

“Tiket-tiket SIDF 2019 membabitka­n persembaha­n tiga malam berturut-turut dijual dengan harga RM60 dan RM30.

“Bagi mereka membeli sebelum 28 Julai akan dapat harga RM50 untuk tiket VIP dan RM20 tiket biasa,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program acara dan tiket, sila layari laman web rasmi SIDF di https://www. facebook.com/SibuIntern­ational DanceFesti­val atau hubungi talian 084-349932 atau 0113844993­2.

 ??  ?? MENARIK: Pengunjung yang datang menyaksika­n persembaha­n.
MENARIK: Pengunjung yang datang menyaksika­n persembaha­n.
 ??  ?? MEMUKAU: Persembaha­n kumpulan tarian dari India.
MEMUKAU: Persembaha­n kumpulan tarian dari India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia