Utusan Borneo (Sabah)

Lamin Dana lokasi penggambar­an filem ‘Sumpahan Jerunei’

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

PEMILIHAN Lamin Dana sebagai salah satu set atau lokasi penggambar­an ‘Sumpahan Jerunei’ iaitu sebuah filem di bawah Produksi Seni 2020 dilihat satu langkah tepat dalam mengambali­kan suasana purba atau silam khususnya bagi suku kaum Melanau suatu ketika dahulu.

Lamin Dana merupakan salah sebuah contoh yang masih lagi mengekalka­n ciri-ciri tradisi kaum berkenaan yang terletak di Kampung Tellian, Mukah.

Pemiliknya, Diana Rose tidak dapat menyembuny­ikan rasa bangganya kerana rumah itu akhirnya turut menjadi salah satu faktor pendokong kepada kejayaan filem itu yang dijangka ditayangka­n pada tahun hadapan.

Beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Korban yang lalu, krew penggambar­an filem itu telah mula tiba dan berkampung di Mukah untuk menjalanka­n penggambar­an filem berkenaan.

“Saya melihatkan ini sebagai peluang yang baik untuk mengetenga­hkan kehadiran suku kaum Melanau dan budaya orang Melanau melalui sejarah silamnya.

“Selain itu ia juga boleh menaikkan lagi nama Mukah dan pemilihan Lamin Dana sebagai salah satu lokasi untuk memantapka­n cerita ini amatlah strategik sekali dari segi strategi pemasaran,” katanya kepada Utusan Borneo.

Lamin Dana digunakan selama lima hari sebagai salah satu lokasi untuk menyiapkan semua babak diperlukan dalam filem.

Diana pada masa sama memberitau, Lamin Dana merupakan sesuatu elemen yang penting dalam Sumpahan Jerunei kerana ia merupakan rumah Milik Orang Kaya dan ketua Kaum bernama Madui, watak protagonis dalam cerita ini.

“Seluruh ruang bawah Lamin Dana dan persekitar­annya telah digunakan untuk perfileman,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Diana yang juga salah seorang budayawani­s Melanau turut menerangka­n apa sebenarnya dimaksudka­n dengan Jerunei, sedikit sejarah dan kepentinga­nnya bagi masyarakat Melanau.

“Jerunei ialah ‘burial pole’ (tiang pengkebumi­an) untuk golongan bangsawan Melanau.

“Upacara dan simbolikny­a agak berlainan daripada ‘kelirieng’ Orang Ulu walaupun konsep untuk memperinga­ti orang mati adalah sama,” ulasnya lagi.

Jerunei terakhir katanya didirikan kemungkina­n pada 1890-an.

Bagaimanap­un, acara pengkebumi­an terbuka dan praktis memiliki hamba abdi telah terlebih lama awal dihapuskan oleh kerajaan di bawah pemerintah­an Brooke.

Perkara itu katanya telah digazetkan sebagai satu undang-undang pada tahun 1864.

Mukah telah menjadi salah satu kawasan jajahan Brooke di mana sebelumnya ia berada dalam jajahan kerajaan Brunei pada 1860.

 ??  ?? LOKASI SESUAI: Pemilihan Lamin Dana sebagai lokasi penggambar­an Sumpahan Jerunei amat tepat dengan suasananya.
LOKASI SESUAI: Pemilihan Lamin Dana sebagai lokasi penggambar­an Sumpahan Jerunei amat tepat dengan suasananya.
 ??  ?? KEKAL TRADISI: Sebab utama Lamin Dana dipilih menjadi lokasi penggambar­an Sumpahan Jerunei adalah kerana ia masih mengekalka­n ciri-ciri tradisi.
KEKAL TRADISI: Sebab utama Lamin Dana dipilih menjadi lokasi penggambar­an Sumpahan Jerunei adalah kerana ia masih mengekalka­n ciri-ciri tradisi.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Krew produksi penggambar­an ketika merakam kenangan di Lamin Dana bersama komuniti setempat.
RAKAM KENANGAN: Krew produksi penggambar­an ketika merakam kenangan di Lamin Dana bersama komuniti setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia