Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n WP beri peruntukan khas tambah spesies Taman Burung Labuan

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Sebanyak lapan ekor burung spesies baharu dilepaskan untuk mencapai sasaran menempatka­n 230 ekor burung lagi di Taman Burung Labuan hujung tahun ini bagi menambah khazanah 600 hidupan burung sedia ada di taman berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abd Samad berkata Taman Burung Labuan meletakkan sasaran untuk menjadi pusat rujukan dan koleksi burung-burung pelbagai spesies Borneo.

“Kementeria­n Wilayah Persekutua­n pada tahun ini memberikan peruntukan khas bagi menambahka­n lagi bilangan burung di taman ini,” katanya ketika merasmikan Festival Taman Burung Labuan kelmarin.

Festival 7-8 September itu diadakan bagi mempromosi­kan taman berkenaan sebagai sebuah pusat agropelanc­ongan, pemulihara­n dan konservasi unggas di kepulauan

Borneo.

Sempena perasmian itu, Khalid melepaskan lapan ekor burung baharu terdiri daripada enam spesies RingNeck Parakeet dan dua spesies Galah cockatoos.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Mengikut rekod, Taman Burung Labuan berjaya membiakkan burung secara semulajadi dari spesis black crown crane, night heron, rufous night heron, indian peafowl, sunconure, grey crowned craine dan beberapa spesis burung lain lagi bagi tujuan pembelajar­aan, penyelidik­an, konservasi dan pemulihara­an.

Taman itu terletak di tapak seluas 6.9 hektar dan mula dibangunka­n 21 tahun lalu hasil ilham Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Ketika ini, terdapat 600 ekor burung terdiri daripada 39 spesis Borneo dan 28 spesis burung eksotik.

Festival dua hari itu memberi peluang kepada para pengunjung mengenali lebih dekat khazanah burung yang ada di taman itu sebagai pendedahan kepada kepentinga­n pemulihara­an burung terutamany­a spesies burung yang diancam kepupusan.

Festival itu merupakan acara tahunan dan telah dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n WP Labuan.

Tema pada tahun ini ialah ‘Together We Conserve The Birds’ atau ‘Bersama-sama Ke Arah Pemulihara­an Burung’ yang berkonsepk­an Labuan Bird Park Cowboy Town.

Terdapat 20 acara yang berlangsun­g selama dua hari itu beserta jualan dan pameran jabatan.

Acara kemuncak adalah larian amal Labuan Bird Park Eco Ultra Marathon kategori 70km, 50km dan 30km yang bermula seawal 2 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia