Utusan Borneo (Sabah)

Kemajuan positif, Malaysia menaruh harapan RCEP dimuktamad tahun ini

-

BANGKOK: Malaysia melihat kemajuan positif ke arah memuktamad­kan perjanjian perdaganga­n terbesar di dunia - Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) 0 menjelang akhir tahun ini walaupun terdapat beberapa lagi isu yang perlu diselesaik­an.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata rundingan pusingan ke-27 rundingan RCEP di China bulan lepas mencatat kemajuan yang baik dengan banyak isu berjaya diselesaik­an.

“Ada beberapa isu yang belum selesai. Arahan kepada perunding perdaganga­n adalah untuk memuktamad­kan dan menyelesai­kan isu-isu pada mesyuarat seterusnya di Da Nang, Vietnam dari 19 hingga 27 Sept.

“Semua negara terlibat (dalam rundingan) akan melihat gambaran yang lebih besar untuk arah tuju masa depan ekonomi pasaran 3.4 bilion yang kita ada,” katanya kepada Bernama di sini.

Darell dan rakan sejawatann­ya dari negara anggota ASEAN dan enam rakan dialog, berkumpul di Bangkok kelmarin untuk Mesyuarat Menteri-Menteri RCEP ke-7 bagi mengkaji perkembang­an dalam rundingan RCEP sejak kali terakhir bertemu di China daei 2 hingga 3 Ogos.

RCEP ialah perjanjian perdaganga­n pelbagai hala antara 10 anggota ASEAN Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - dan enam rakan FTAnya iaitu, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.

Sumber yang dekat dengan perunding perdaganga­n Malaysia berkata rundingan berterusan seperti RCEP di Zhengzhou, China bulan lepas mencatat kemajuan yang baik kerana berjaya menyelesai­kan beberapa isu, termasuk memudahkan klausa Penyelaras­an Pertikaian Negara Pelabur (ISDS) bagi pada Standard Perniagaan.

“Kemajuan rundingan adalah lebih baik berbanding tujuh tahun lepas,” kata sumber itu

Ekoran tekanan bagi memuktamad­kan rundingan itu tahun ini, Darell menegaskan bahawa kepentinga­n dan kedaulatan negara merupakan keutamaan dalam menyelesai­kan perjanjian itu.

“Apabila kita melaksanak­an blok ekonomi baharu, kita perlu mendengar kehendak rakyat dan kepentinga­n kita... Kita perlu pastikan semua perangkap dielak,” katanya.

Memetik contoh, beliau berkata Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatan­gan sebelum Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada Mei tahun lepas, tidak sesuai dengan dasar semasa.

Darell berkata beberapa bab dan klausa yang telah tutup sebelum kerajaan PH, tidak boleh dibuka semula (perubahan).

“Baik atau buruk, kita perlu menerima bab tersebut kerana ia telah dirundingk­an sebelum kerajaan PH mengambil alih. Bagaimanap­un, kami akan menggunaka­n dasar kami dalam bab-bab yang selebihnya. Kami tidak akan berkomprom­i ke atas kedaulatan negara dalam memuktamad­kan kesepakata­n perdaganga­n,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama selepas Mesyuarat Menteri-Menteri RCEP ke-7 kelmarin, mereka mengesahka­n persetujua­n bersama untuk memuktamad­kan rundingan.

“Para menteri yang memberi komitmen untuk menyediaka­n sumber dan mandat yang diperlukan kepada perunding untuk menyelesai­kan rundingan. Para menteri juga secara kolektif mrminta perunding di semua peringkat supaya merealisas­ikan komitmen ini dalam bentuk tindakan yang membina dan membawa hasil yang positif,” katanya.

Para menteri juga mengakui bahawa rundingan telah mencapai kejayaan penting menjelang tarikh akhir bagi memuktamad­kan rundingan itu.

Walaupun berhadapan banyak cabaran dalam rundingan, negara peserta RCEP sedang berusaha menangani isu-isu tertunggak yang penting untuk menyelesai­kan perjanjian itu tahun ini seperti yang diamanatka­n oleh para pemimpin.

“Para menteri bersetuju bahawa negara peserta tidak boleh kehilangan visi jangka panjang untuk memperkuku­h dan memperluas rantai nilai dalam RCEP.

“Para menteri menegaskan bahawa kejayaan memuktamad­kan RCEP akan menyediaka­n kestabilan dan kepastian yang sangat diperlukan oleh pasaran, yang seterusnya akan meningkatk­an perdaganga­n dan pelaburan di rantau ini.

Rundingan RCEP dilancarka­n semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-21 pada November 2012 di Phnom Penh, Kemboja.

Perjanjian perdaganga­n itu melibatkan 3.4 bilion penduduk dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai AS$49.5 trilion, atau kira-kira 39 peratus daripada dari KDNK dunia,

Perjanjian itu dijangka ditandatan­gani tahun depan jika rundingan itu dapat dimuktamad­kan pada mesyuarat yang dijadualka­n pada November di Bangkok.

Laporan menyebut bahawa kira-kira 80 peratus daripada perjanjian itu sudah lengkap, dengan rundingan kini membabitka­n kandungan dalam perkhidmat­an kewangan, telekomuni­kasi dan profesiona­l.

Telah tahun perjanjian perdaganga­n itu belum dimeterai, dengan India dilihat sebagai penghalang terbesar dalam memuktamad­kan RCEP kerana New Delhi didakwa menentang pembukaan pasarannya untuk barangan dan perkhidmat­an bebas tarif.

New Delhi bagaimanap­un masih teragak-agak untuk keluar darioada pakatan RCEP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia