Utusan Borneo (Sabah)

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Kiabau

- Oleh Yusop Teppo

BELURAN: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kiabau, Telupid, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­den Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n penemuan mayat lelaki terbabit kira-kira jam 1.15 petang.

Katanya, saksi yang telah menemukan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun, berbangsa Timor dalam keadaan tertiarap di tepi sungai.

“Mangsa berpakaian lengkap berbaju kemeja T dan memakai seluar panjang,” katanya.

Kasim memberitah­u, siasatan yang dijalankan di lokasi mempercaya­i mangsa telah lemas dibawa oleh arus sungai.

“Pemeriksaa­n awal mendapati tiada sebarang kecederaan dan mempercaya­i tiada sebarang unsur jenayah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang telah dibawa oleh arus deras sungai sehingga mengakibat­kan lemas.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu supaya menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222.

 ??  ?? TERAPUNG: Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kiabau, Telupid.
TERAPUNG: Mayat lelaki ditemukan di Sungai Kiabau, Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia