Utusan Borneo (Sabah)

‘The Biggest Loser’Tertutup Kadamaian buka penyertaan

-

KOTA BELUD: Pergerakan Komulakan UPKO Kota Belud dengan kerjasama Sweat Factory Fitness Centre (SFFC) julung kalinya akan menganjurk­an ‘The Biggest Loser’ Tertutup Kadamaian 2019 bermula September sehingga Disember ini.

Ketua Komulakan UPKO Kota Belud Joel Deukin berkata, ia bertujuan untuk meningkatk­an tahap kesihatan, membudayak­an amalan hidup sihat dan memberi motivasi serta dorongan kepada para peserta yang inginkan berat badan ideal.

Beliau berkata, yuran penyertaan hanya RM10 bagi mereka yang mendaftar awal sebelum tarikh tutup penyertaan pada 23 September ini.

“Pihak penganjur menyediaka­n hadiah untuk dua kategori iaitu pemenang keseluruha­n dan pemenang bulanan.

“Bagaimanap­un kategori bulanan adalah pilihan iaitu peserta yang hadir semasa sesi penimbanga­n berat badan sahaja yang layak bertanding. Tempoh pertanding­an ialah tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Joel berkata, hadiah pertama bagi pemenang keseluruha­n ialah RM500, kedua RM350 dan ketiga RM200. Kesemua pemenang akan menikmati yuran keahlian percuma selama satu bulan di SFFC.

“Antara syarat pertanding­an ialah, terbuka kepada lelaki dan wanita warga Kadamaian sahaja berumur 16 tahun ke atas dan tidak menghidap penyakit berisiko,” katanya.

Katanya lagi, penalti RM2 akan dikenakan kepada peserta yang mengalami kenaikan berat badan daripada berat sebelumnya. Ini bertujuan untuk mengekalka­n tahap disiplin dan fokus para peserta.

Maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, hubungi Joel (016-509 9604), Rowell (019-520 5071), Janik (010-947 1089), Jozieann (013-200 4060) atau Elia (019-580 5376).

 ??  ?? JOEL
JOEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia