Utusan Borneo (Sabah)

Pendaki hilang ditemukan selamat

- Oleh Vivi Olviana Najurus

RANAU: Pendaki lelaki yang dilaporkan hilang semasa mendaki Nulu Tinorindak Kundasang di sini ditemukan selamat pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Riduan Mohd Taib berkata, mangsa berumur 25 tahun itu hilang semasa mendaki pada jam 2.46 petang kelmarin sebelum saudaranya membuat laporan bagi tindakan lanjut.

“Bertindak atas kejadian, kita menggerakk­an sepasukan anggota BBP Ranau bersama sepasukan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (Mosar) ke lokasi kejadian.

“Operasi pencarian dijalankan di sepanjang trek laluan sehingga ke puncak Nulu Tinorindak,” katanya.

Menurutnya mangsa kemudianny­a berjaya ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi iaitu pada hari kedua pencarian di puncak bukit.

Katanya, mangsa yang selamat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? LALUAN: Anggota bomba menunjukka­n laluan ke Nulu Tinorindak.
LALUAN: Anggota bomba menunjukka­n laluan ke Nulu Tinorindak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia