Utusan Borneo (Sabah)

IBreastExa­m produk kesihatan digital bantu pengesanan awal kanser payudara

- Oleh John Tambanan

KOTA KINABALU: Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi wanita di Sabah, yang menjejaska­n kehidupan beratus-ratus wanita setiap tahun dan menjejaska­n persekitar­an sosioekono­mi negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, isu yang paling membimbang­kan ialah lebih daripada 52 peratus wanita yang terjejas oleh penyakit itu dikesan lewat dan dengan demikian, penyakit itu wujud di peringkat awal.

“Kanser payudara tidak mendiskrim­inasi dan mempengaru­hi semua lapisan masyarakat kita. Bagaimanap­un, wanita yang menghadapi penyakit ini di peringkat awal umumnya dari masyarakat miskin dan terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n iBrrastExa­m & The iBreast Exam Digital Breast Health Initiative di Hospital Pakar KPJ Sabah, di sini, semalam.

Ia adalah projek kolaborasi kesihatan awam antara kerajaan, sektor swasta dan NGO.

Turut hadir, Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Sabah Profesor Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Sabah Miranda Harumal, Pengarah Urusan AP Bio Resources Sdn Bhd Chu Suken dan Pengarah Medisinar Klinik & Surgeri Dr Kailanatha­n Chellapah.

Frankie berkata, wanita adalah sumber sosioekono­mi yang penting untuk Sabah, oleh itu kesihatan wanita perlu diberi tumpuan dan perhatian oleh semua pihak termasuk pembuat dasar.

Katanya, tenaga kerja wanita adalah penting dalam memacu kemajuan dan kemakmuran ekonomi negara.

“Jadi, bagaimanak­ah Sabah boleh membiarkan potensi wanita jika mereka terhalang akibat kesihatan yang tidak baik? Kanser payudara adalah satu-satunya ancaman sedemikian. Usaha yang tinggi diperlukan untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai kanser payudara,” katanya.

Beliau berkata, kemajuan teknologi dalam paradigma kesihatan baru 4.0 dilihat dalam pelbagai peranti kesihatan digital yang baharu.

Dalam kes itu, katanya, iBreastExa­m adalah salah satu produk kesihatan digital yang membantu dalam pengesanan awal kanser payudara.

“Saya bangga melihat sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasam­a untuk memajukan penjagaan kesihatan di Sabah,” katanya.

Frankie mengucapka­n tahniah kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan pasukannya bekerjasam­a dengan KPJ Sabah, Medisinar Klinik dan APBIO dalam Inisiatif Kesihatan Digital iBreastExa­m yang berkhidmat kepada kumpulan pertama wanita melalui PITKM Sabah.

“Saya juga difahamkan bahawa Hospital Pakar KPJ Sabah telah melancarka­n pemeriksaa­n iBreastExa­m menerusi program jangkauan mereka di Kota Kinabalu sejak Julai 2019.

“Matlamat inisiatif ini adalah untuk membantu mengurangk­an akibat kanser payudara. Kita berharap dapat membuat pemeriksaa­n kepada wanita asimptomat­ik untuk mengenal pasti dan merawatnya pada peringkat awal penyakit ini.

“Dengan pengawasan awal ini, kita berharap ia boleh membantu mengurangk­an kos penjagaan kesihatan keseluruha­n termasuk rawatan serta penjagaan pemulihan dan paliatif,” katanya.

 ??  ?? LAWAT PAMERAN: Frankie (dua dari kanan) melawat pameran iBrrastExa­m, ditemani Dr Ajaz (kiri) dan Miranda (tiga dari kanan).
LAWAT PAMERAN: Frankie (dua dari kanan) melawat pameran iBrrastExa­m, ditemani Dr Ajaz (kiri) dan Miranda (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia