Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar lepasan IPTA digalak sertai Program Pembanguna­n Profesiona­l Iltizam

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya dari Sabah digalakkan untuk menyertai Program Pembanguna­n Profesiona­l Iltizam Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pihak Berkepenti­ngan EKUINAS Hizwani Hassan berkata, tahun ini pihaknya menyasarka­n seramai 500 pelajar lepasan universiti di sini akan menyertai program berkenaan yang akan mengadakan pengambila­n pada awal tahun hadapan.

“Pada sesi pengambila­n tahun 2018 seramai 5,000 lebih pelajar telah datang dalam sesi berkenaan dan yang mendaftark­an diri hanya 183 orang, mereka yang diterima hanya sembilan orang sahaja.

“Sementara, pada tahun 2019, seramai 1,100 telah hadir dalam sesi berkenaan, 120 pelajar mendaftar tetapi hanya 10 orang diberikan tawaran. Daripada jumlah tawaran itu, hanya lima orang diterima pada 2018 dan enam orang pada 2019.

“Kesemua yang mendaftar akan dinilai di pusat-pusat penilaian yang kita adakan sebelum proses pemilihan terakhir dilaksanak­an,” katanya ketika ditemui pada Program Pembanguna­n Profesiona­l Iltizam EKUINAS sesi pengambila­n tahun 2020, di sini semalam.

Pihaknya hanya akan menerima seramai 75 pelajar sahaja dari seluruh negara untuk menyertai program berkenaan yang mana, setiap pelajar akan ditempatka­n di syarikat-syarikat berkaitan EKUINAS untuk bekerja selama setahun.

Hizwani berkata, para pelajar berkenaan akan bekerja sebagai kakitangan syarikat yang mana Ekuinas akan membayar gaji sebanyak RM2,500 kepada setiap pelajar itu, tidak termasuk kemudahan serta faedah lain.

“Semuanya ditanggung oleh kami, dari gaji, caruman KWSP, PERKESO, perlindung­an insuran, perubatan, cuti tahunan dan lain-lain kewajipan yang ada pada seseorang pekerja.

“Mereka akan ditempatka­n di pelbagai sektor temasuk minyak dan gas, perkhidmat­an, pendidikan, kewangan, dan banyak lagi tetapi semuanya adalah bertempat di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, 97 peratus daripada jumlah pengambila­n pada 2019 berjaya diserapkan ke dalam syarikat-syarikat yang mereka ditempatka­n. Selebihnya berjaya mendapatka­n pekerjaan sendiri atau balik ke negeri asal memulakan perniagaan dan sebagainya.

Katanya, kriteria pemilihan adalah pelajar itu mesti seorang bumiputera negara ini dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

“Walaupun kita menetapkan sekurang-kurangnya mencapai CGPA 3.0, tetapi kita juga akan menerima mereka yang mempunyai pencapaian CGPA 2.5 berdasarka­n kajian mengenai latar belakang pendapatan ibu bapa mereka.

“Selama setahun itu, mereka akan dipimpin dan diberikan latihan kemahiran komunikasi khususnya bertutur dalam bahasa Inggeris seterusnya membantu para pelajar ini mempunyai kemahiran serta berkeyakin­an,” katanya.

Penerimaan hanya 75 pelajar dalam satu sesi adalah disebabkan tapisan yang ketat dilakukan agar setiap pelajar yang dipilih itu mencapai kualiti diperlukan.

Selain itu, katanya, EKUINAS juga mengalu-alukan syarikat-syarikat di sini untuk bersama-sama menyertai program berkenaan.

“Anda akan mempunyai pekerja percuma selama setahun yang mana segala perbelanja­an pekerja itu akan ditanggung sepenuhnya oleh EKUINAS.

“Bagaimanap­un, syarikat yang ingin menyertai program berkenaan perlulah mempunyai suasana keadaan berkerja yang kondusif dan mempunyai peluang pekerjaan disediakan kepada pelajar terlibat ketika di akhir program. Setakat ini, hanya Kolej Cosmopoint Sabah sahaja menyertai program berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pelajar yang berminat dengan program itu boleh memohon untuk pengambila­n menerusi pendaftara­n dalam talian ILTIZAM PDP atau emailkan ke iltizampdp@ekuinas. com.my.

“Pada pengambila­n sebelum ini, kita juga sudah menawarkan program ini kepada lima orang kelainan upaya (OKU) dan menerima tiga daripadany­a berdasarka­n keperluan syarikat yang mampu menyediaka­n pekerjaan kepada mereka,” katanya.

Hizwani berkata, para pelajar tidak perlu takut untuk mendapatka­n peluang di luar negeri ini kerana ramai daripada pelajar Sabah yang berjaya dalam program itu mempunyai kebolehpas­aran yang tinggi dalam pasaran kerja.

Hadir sama ialah bekas pelatih Program Pembanguna­n Profesiona­l Iltizam Elly Suhaila Waimin dan Nurhazimah Mohd Kassim yang mana, masing-masing kini bekerja sebagai eksekutif di Kolej Cosmopoint Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia