Utusan Borneo (Sabah)

Pihak berkuasa diminta ambil tindakan

Terumbu karang di Pulau Kalampunia­n Kudat rosak akibat kapal dagang terkandas

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KUDAT: Penggiat sektor pelanconga­n di daerah ini mahu pihak berkuasa mengambil tindakan melibatkan usaha pemulihan terumbu karang di kawasan perairan di sini.

Gesaan itu berikutan kejadian sebuah kapal dagang tempatan yang terkandas di Pulau Kalampunia­n dekat sini akibat kerosakan pada peralatan navigasi kapal, baru-baru ini.

Pengasas Bluefin Surf and Dive Ivan Tan berkata, kejadian itu mengakibat­kan kerosakan pada terumbu karang di lokasi berkenaan.

“Ia menyebabka­n satu laluan baharu di kawasan itu, saya fikir ia tidak terkena tapak selaman yang dinamakan ‘Nemo Point’.

“Bagaimanap­un, hasil tinjauan di lokasi kejadian semalam, kami mendapati ia menyebabka­n kerosakan pada terumbu karang yang berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau turut terkejut melihat kapal dagang terbabit berada di kawasan perairan cetek semasa membawa pengunjung ke lokasi itu untuk aktiviti snorkeling.

Menurutnya, kejadian yang sama pernah berlaku sekitar tahun 70-an atau 80-an tetapi kali ini ia lebih memberi kesan buruk kepada terumbu karang dan juga penyu.

Sehubungan itu, pihaknya amat berharap kerja pemulihan segera dilaksanak­an terutama di kawasan yang terjejas kerana terumbu karang mengambil masa lima hingga 10 tahun untuk membesar.

Sementara itu, Pengerusi Pemulihara­an Penyu Kudat Sofia Johari berkata, berdasarka­n kajian yang dijalankan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kawasan yang terjejas itu adalah lokasi penting bagi perlindung­an penyu hijau dan dugong.

Katanya, kerosakan di kawasan berkenaan boleh mengakibat­kan kesan yang teruk kepada populasi penyu di situ dan juga penyu dari kawasan lain di rantau ini.

Pada 8 September lepas, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertindak membantu sebuah kapal dagang tempatan akibat terkandas di kawasan pulau terbabit.

Kejadian itu berlaku kirakira jam 5.10 pagi ketika kapal berkenaan dalam pelayaran dari Sandakan menuju ke Kemaman Terengganu.

 ??  ?? TERJEJAS: Terumbu karang yang terjejas akibat daripada kejadian kapal dagang yang terkandas di Pulau Kalampunia­n Kudat.
TERJEJAS: Terumbu karang yang terjejas akibat daripada kejadian kapal dagang yang terkandas di Pulau Kalampunia­n Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia