Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 jayakan Kayuhan Merdeka 2019

-

KENINGAU: Lebih 300 peminat acara berbasikal terdiri kelab berbasikal, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan individu telah menyertai program Kayuhan Merdeka 2019 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dengan kerjasama Kelab Berbasikal Masjid Taqwa (TQCC), di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah DSP Shahrudin Mat Husain yang juga pengerusi penganjur berkata, acara berbasikal telah menjadi kegemaran dalam kalangan warga Keningau dan Sabah amnya, dan Ibu Pejabat Polis Daerah telah mengambil inisiatifu­ntuk mendekati komuniti di daerah ini melalui penganjura­n program berkenaan.

“Saya berharap dengan adanya program sebegini, perhubunga­n mesra di antara Ibu Pejabat Polis Daerah dengan masyarakat setempat dapat dieratkan,” katanya pada program itu di Kompleks Sukan Keningau.

Beliau berkata, acara bertema ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ‘Berkayuh Demi Negara’ itu dapat menyemarak­kan semangat kemerdekaa­n dalam kalangan rakyat di daerah ini.

Katanya, objektif program adalah menerapkan taat setia kepada negara selain mengukuhka­n silaturahi­m antara Ibu Pejabat Polis Daerah dan masyarakat, selain mempromosi­kan gaya hidup sihat melalui berbasikal serta mengeratka­n ukhwah dengan kariah Masjid Al-Taqwa Keningau, komuniti Kampung Baginda dan SMK Bingkor.

Menurut beliau, kayuhan sejauh 27 kilometer itu dengan penyertaaa­n secara percuma turut mengadakan di dua perhentian di Kampung Baginda dan SMK Bingkor.

“Polis juga menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Baginda dan Pengetua SMK Bingkor Jamilah Talib atas kerjasama dan sokongan mereka kepada program ini,” katanya.

Penolong Pegawai Daerah Edward Bungsu bersama Pegawai Penerangan Daerah Jaafar Matamin telah melepaskan para peserta diketuai oleh Shahrudin sendiri di Kompleks Sukan Keningau.

Para peserta bergerak dari kompleks sukan dan melalui Jalan Kampung Dangulad, Tuarid Taud, Kota Ayangan, Tigot, Baginda, Binaong, Pekan Bingkor, SMK Bingkor, Kampung Tudan Baru, Skim Pamalan, Tamu Jamil, Padang Golf, Kampung Samalang dan Kampung Keningau sebelum kembali ke kompleks sukan sebagai tempat penamat.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan Rasinin Koutis telah merasmikan program itu dan menyampaik­an hadiah utama tiket bertuah kepada Inspektor James Ding.

 ??  ?? GAMBAR KENANGAN: Shahrudin dan Jamilah bergambar bersama para peserta program, guru dan pelajar SMK Bingkor sebelum meneruskan perjalanan ke Komplek Sukan Keningau.
GAMBAR KENANGAN: Shahrudin dan Jamilah bergambar bersama para peserta program, guru dan pelajar SMK Bingkor sebelum meneruskan perjalanan ke Komplek Sukan Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia