Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,500 umat Islam hadiri Ceramah Perdana USIA Sipitang

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang sekali lagi berjaya menganjurk­an program Ceramah Perdana yang diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang, barubaru ini.

Dengan tajuk ‘Hijrah - Betulkah Hijrah Kita?’ yang disampaika­n Al-Fadhil Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin, ceramah itu telah menarik kehadiran lebih 2,500 masyarakat Islam.

Program kali kesembilan itu merupakan anjuran USIA Bahagian Sipitang dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sipitang, Jawatankua­sa Dakwah Daerah Sipitang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sipitang dan Masjid Imam Haji Hashim Sipitang.

Penceramah yang didatangka­n khas itu merupakan KPP Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang telah mengupas tajuk ceramah ‘Hijrah’ dengan lebih luas dan mendalam agar umat Islam dari seluruh peringkat umur memahaminy­a dengan lebih jelas.

Selain ceramah, terdapat juga acara lain seperti busking, tawasyih dan sesi soal jawab yang diadakan bersempena program itu.

Turut diadakan acara pelancaran Buletin Usia Sipitang yang disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa sambil disaksikan oleh beberapa tetamu khas di majlis itu.

Ketua USIA Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad ketika ditemui selepas program itu, menyifatka­n program kali ini berjaya memandangk­an ia mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada masyarakat Islam setempat.

Beliau berkata, masyarakat Islam di sekitar Sipitang sememangny­a ternanti-nanti untuk mendengar ceramah agama daripada penceramah yang berpengala­man dalam soal itu.

Beliau turut melahirkan perasaan bangga apabila ramai anak muda terutama golongan belia turut hadir pada program ceramah agama itu.

“USIA Bahagian Sipitang akan terus melaksanak­an programpro­gram bermanfaat sekali gus sentiasa mencari kaedah serta pendekatan baharu bagi menarik lebih ramai anak muda ke arah program keagamaan,” katanya.

Beliau yakin dengan usaha yang berterusan, ia secara tidak langsung mampu membentuk masyarakat terutama golongan muda ke arah yang lebih baik, seterusnya menyumbang kepada keharmonia­n bermasyara­kat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAMAI: Sebahagian umat Islam dari sekitar daerah Sipitang hadir pada Program Ceramah Perdana yang diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang.
RAMAI: Sebahagian umat Islam dari sekitar daerah Sipitang hadir pada Program Ceramah Perdana yang diadakan di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang.
 ??  ?? LANCAR: Hafez menunjukka­n Buletin USIA Sipitang yang dilancarka­nnya bersama tetamu kehormat lain.
LANCAR: Hafez menunjukka­n Buletin USIA Sipitang yang dilancarka­nnya bersama tetamu kehormat lain.
 ??  ?? TETAMU: Antara tetamu jemputan pada Program Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang.
TETAMU: Antara tetamu jemputan pada Program Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang.
 ??  ?? SAMPAIKAN: Ustaz Badli menyampaik­an ceramahnya pada majlis itu.
SAMPAIKAN: Ustaz Badli menyampaik­an ceramahnya pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia